Resipi

Stress Duduk Rumah, 5 Resepi Mudah Yang Boleh Korang Cuba!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Stress Duduk Rumah, 5 Resepi Mudah Yang Boleh Korang Cuba!

Pasti ramai dilanda kebosanan di rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini bukan? Untuk menghilangkan kebosanan dan tekanan di rumah, jom habiskan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah contohnya memasak!

IKLAN

Ini beberapa resepi yang kamu semua boleh lakukan di rumah dan pastinya menu yang lazat ini akan buat kamu leka seketika di dapur.

#1 Asam Pedas Ayam Johor

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil cili kering
  • 1 mangkuk kecil cili kering gemuk
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu asam jawa
  • 2 sudu belacan
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 batang serai
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 ekor ayam segar

Cara memasak

  • Kisar cili kering, cili kering besar, bawang putih, bawang besar, belacan, halia, kunyit, lada hitam dan masukkan sedikit air. Kisar bahan-bahan sehingga halus.
  • Kemudian panaskan minyak masak, masukkan serai yang telah di ketuk dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi, kemudian tumis sehingga pecah minyak dan selepas itu masukkan daun kesum.
  • Setelah itu, masukkan ayam dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan air putih mengikut sukatan yang diingini.
  • Masak sehingga mendidih kemudian masukan garam dan serbu perasa, gaul sehingga sebati. Siap sedia di hidang.

#2 Ayam Masak Berempah Cara Kampung India

Bahan-bahan

  • 2 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 bij bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 5 biji cili kering
  • 5 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 1 biji tomato
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji cili merah besar
  • 1/2 limau purut
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili kering
  • Garam
  • 2 cawan air
  • Ayam seekor atau separuh (ikut kehendak masing-masing)

Cara memasak

  • Rendam kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, ketumbar dan cili kering dalam air selama 30 minit.
  • Selepas 30 minit tos rempah-rempah tersebut, kemudian tumbuk rempah tersebut menggunakan batu giling atau mesin pengisar. Selepas itu, tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia.
  • Setelah itu, potong cili merah besar kecil-kecil dan manakala tomato pula di potong dadu, kedua-dua bahan ini di tumbuk sedikit.
  • Masukkan satu tangkai daun ketumbar, dua tangkai daun kari, perah limau purut, serbuk kunyit, serbuk cili kering, garam dan ke semua bahan-bahan yang telah di sediakan tadi ke dalam ayam.
  • Gaul sehingga sebati kemudian perap ayam tersebut selama 20 minit dan di simpan dalam peti sejuk.
  • Tumis bawang besar, daun kari dan ubi kentang, kemudian masukan ayam yang di perap tadi dan gaul rata. Selepas itu, masukan dua cawan air, masukan sedikit garam dan gaul ayam sehingga sebati dan masak menggunakan api yang perlahan.
  • Masak sehingga ayam tersebut menjadi kering. Siap untuk di hidang bersama nasi panas!

#3 Ayam Geprek Lockdown

Bahan-bahan

  • 25 biji cili merah besar (ikut citarasa)
  • 10 biji bawang kecil (ikut citarasa)
  • 10 biji bawang putih (ikut citarasa)
  • Limau kasturi
  • 1 pek kecil maggi secukup rasa
  • Lada putih
  • Garam
  • Gula
  • Tepung serbaguna atau tepung gandum
  • Ayam seekor

Cara memasak

  • Perap dahulu ayam dengan menggunakan serbuk maggi secukup rasa satu pek kecil, lada putih dan gaul rata kemudia perap selama 15 minit.
  • Goreng bawang kecil dan bawang putih sehingga masak (tanpa potong), kemudian angkat bawang yang telah di masak tersebut.
  • Goreng cili merah besar yang telah dipotong, masak sehingga garing dan di angkat keluar. Kemudian tumis cili merah besar yang tidak di potong, goreng sehingga masak dan di angkat keluar.
  • Bahan-bahan yang di tumis atau di goreng tadi, kemuadian di tumbuk menggunakan batu giling. Masukan juga sedikit gula, serbuk maggie secukup rasa dan di tumbuk bersama bahan sehingga hancur dan halus.
  • Selesai membuat sambal, ayam yang telah di perap tersebut harus di saluti dengan tepung dan barulah di goreng sehingga garing.
  • Setelah siap menggoreng ayam, lenyekkan ayam tersebut bersama sambal dan sebiji limau kasturi. Hidangan siap dan boleh di makan!

#4 Ayam Goreng Berlado Suamiku Menambah-Nambah

Bahan-bahan

  • 4-5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi merah
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 batang serai
  • 2-3 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji tomato
  • 2 helai dau limau purut
  • 1 biji bawang besar
  • GaramΒ 
  • Gula
  • 2 helai daun limau purut

Cara memasak

  • Sediakan ayam untuk menggoreng dengan memasukan serbuk kunyit dan garam pada ayam, kemudian ayam tersebut digaul rata. Panaskan minyak dan goreng ke semua ayam sehingga masak.
  • Kemdian kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili merah besar dan cili padi secara kasar. Selepas itu tumis bahan-bahan ini bersama serai yang telah di tumbuk, gaul sehingga cili masak.
  • Setelah sambal tersebut masak masukan pati asam jawa, daun limau purut dan hirisan tomato. Gaul rata kemudian masukan gula dan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal, gaul rata selepas itu masukan pula hirisan bawang besar yang di potong besar. Sekali lagi gaul rata dan siap!

#5Β Hash Browns Ball Sosej

Bahan-bahan

  • 3 biji ubi kentang
  • 4-5 batang sosej
  • 1 pek kecil serbuk maggi secukup rasa
  • Lada putih
  • Tepung jagung
  • Tepung beras

Cara memasak

  • Kupas ubi kentang kemudian sagat ubi kentang sehingga habis, selepas itu bersihkan ubi kentang sehingga air bertukar menjadi jernih kemudia rebus ubi kentang lebih kurang 5 minit.
  • Setelah itu tapis ubi kentang sehingga kering, kemudian masukan ubi kentang ke dalam mangkuk bersama dua sudu kecil serbuk maggi secukup rasa, lada putih, lima sudu tepung jagung dan tiga sudu tepung beras, gaul sehingga sebati.
  • Kemudian potong sosej menjadi enam bahagian dan sosej yang di potong itu di salutkan dengan ubi kentang, bentuk ia sehingga menjadi bulat.
  • Selesai dibentukkan biarkan ia seketika dalam peti sejuk selama 30 minit. Setelah di rehatkan selama 30 minit, panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

Jom habiskan masa di rumah dengan melakukan aktiviti memasak menu-menu di atas, bukan saja mengenyangkan malah kamu dapat hilangkan rasa tekanan yang terbuku dek gara-gara mengikuti perintah kawalan pergerakan ini.

Selamat mencuba!