Resipi

Sekarang Tengah Popular ‘Dalgona Coffee’, Wanista Ajar Cara Buat

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Sekarang Tengah Popular ‘Dalgona Coffee’, Wanista Ajar Cara Buat

Perasan tak sekarang nama Dalgona Coffee trending di media sosial. Memandangkan kebanyakan negara mengambil inisiatif kuarantin berikutan penularan Covid-19, rata-rata mengambil kesempatan membuat sendiri Dalgona Coffee yang laku keras di Korea Selatan. Bahkan Instagram juga penuh dengan orang ramai menyiarkan gambar menggunakan hashtag #DalgonaCoffee.

IKLAN

Hairankan? Apa yang sedap sangat dengan Dalgona Coffee?

Dalgona Coffee merangkumi kopi segera, gula, air panas, susu dan krim. Minuman ini memberi dua warna – coklat dan putih. Ia juga dikatakan menyerupai gula-gula cair sebelum ia mengeras. Kerana visualnya yang aesthetic telah menjadi hit di Instagram.

Cara Membuat

  • Resepi memerlukan dua sudu serbuk kopi hitam segera, dua sudu gula dan dua sudu air panas.
  • Kaca campuran sehingga konsisten dengan menggunakan sudu, pemukul atau electric hand mixer.
  • Bila betul-betul dah sebati semua, topping diletakkan di atas susu, boleh tambah ais juga.
  • Kacau dan nikmatinya!

Video

Sedapkan.. Lagi pula minum masa cuaca panas, memang syok.

Selamat Mencuba!