Kesihatan

Suka Garu Kulit Sampai Luka, Petanda Hidap Penyakit Dermatillomania

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Suka Garu Kulit Sampai Luka, Petanda Hidap Penyakit Dermatillomania

Jika kamu mempunyai tabiat suka menggaru kulit, mencakar kulit atau mencabut kulit sehingga kulit mengelupas, maka kamu berkemungkinan menghidapi penyakit Dermatillomania. Penyakit ini diklasifikasi sebagai ganguan obsesif yang teruk sehingga mampu mengganggu kehidupan harian.

IKLAN

Kenali Apa Itu Penyakit Dermatillomania

Penyakit ini sering berlaku dalam kalangan wanita, penyakit Dermatillomania atau Skin Picking Disorder merupakan simptoms tabiat mencederakan kulit secara obsesif (keterlaluan) dengan cara menggaru, mencabut kulit, menggigit dan mencakar kulit sehingga cedera.

Foto – Buddy Project

Individu yang memiliki tabiat dan rasa keinginan yang kuat seperti ini tidak dapat menghentikan perlakuan mereka.

Bertambah parah apabila ada dikalangan wanita yang menghidapi penyakit ini menunjukan tanda-tanda yang kronik sehingga menyebabkan kerosakan sel tisu, memberi kesan yang berbekas pada kulit dan menyebabkan gangguan emosi yang teruk.

Tanda-Tanda Gelaja Penyakit Dermatillomania

Foto – Skincare

Penyakit skin picking atau dermatillomania ini boleh dihidapi oleh orang dewas dan kanak, antara gejala yang ketara ada beberapa cara iaitu:

  • Mula menggaru kulit tanpa henti apabila melihat bekas kecederaan pada kulit.
  • Apabila rasa tertekan, tanpa sedar kamu mula mencabut kulit dengan kuku atau menggigit kulit berulang kali sehingga cedera untuk menghilangkan tekanan yang dialami.
  • Ada juga yang gemar menarik rambut atau menggigit kuku berulang kali sehingga merosakan tubuh badan.
  • Kadang kala rasa malu dalam diri juga boleh menyebabkan perlakuan obsesif ini berlaku.

Antara Punca Menghidapi Dermatillomania

Foto – She Knows

Banyak faktor yang boleh dikaitkan bagi individu yang menghidapi penyakit gangguan kulit seperti ini, dan salah satu faktornya adalah seperti:

  • Keadaan mood yang tidak stabil
  • Gangguan panik yang teruk
  • Tertekan
  • Faktor umur
  • Tabiat individu
  • Dipengaruhi emosi negatif

Cara Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Untuk merawat penyakit ini, terdapat beberapa cara rawatan yang boleh dilakukan agar dapat membendung diri dari terus-terus melakukan perbuatan yang boleh mencederakan diri dengan lebih teruk.

Foto – Promises Behavioral Health
  • Latihan kawal tabiat (Habit Reversal Therapy) – Pakar terapi akan membantu kamu mengenalpasti keadaan diri seperti mengenalpasti apa yang membuatkan diri menjadi tertekan dan cuba mengekang keinginan untuk menggaru dengan menggenggam bola getah.
  • Kawalan rangsangan (Stimulus Control)Β  – Kaedah terapi yang melibatkan perubahan keadaan sekeliling bagi mengekang rasa untuk menggaru kulit, dengan cara seperti memakai sarung tangan getah atau band aids bagi menghalang rasa atau keinginan untuk menggaru atau mencakar kulit.
  • Terapi seni – Terapi seni juga boleh diguna pakai bagi membantu pesakit yang menghidapi penyakit ini fokus dengan aktiviti seni dan sekaligus pesakit dapat meluahkan segala yang terpendam dalam diri menerusi aktiviti seni yang dilakukan.

Memang bukan mudah untuk menangani penyakit yang dihadapi, tetapi ikhtiar dan usaha dengan melakukan kaedah rawatan yang disarankan oleh doktor pasti dapat membantu kamu mengatasi masalah ini.

Jika kamu mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, segera ke hospital berhampiran untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

IKLAN

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,