Perkahwinan yang bertahan lebih dari 15 tahun akhirnya mencapai titik noktah pada tahun 1996, apabila Diana Spencer atau lebih mesra dikenali sebagai Puteri Diana akhirnya bercerai dengan Putera Charles. Kemelut rumahtangga yang seperti tiada penghujung ini, akhirnya benhenti pada 15 Julai 1996.
Tiada siapa yang tahu kerana perceraian ini, Puteri Diana kehilangan banyak perkara dan ini antara sembilan perkara utama yang Puteri Diana hilang dalam hidupnya.
#1 Tiara Lover Knot Cambridge
Dalam persetujuan perceraian antara Puteri Diana dan Putera Charles, Puteri Diana dibenarkan menyimpan ke semua barang kemas sepanjang perkahwinannya dengan Putera Charles. Kecuali tiara Lover Knot Cambridge yang harus dipulangkan kepada Ratu Elizebeth II, kerana ia adalah hak milik kerabat diraja British.
Dan pada tahun 2015, tiara tersebut muncul semula di khalayak ramai apabila Kate Middleton memakai tiara lagenda semasa menghadiri majlis Diplomatic Reception di Istana Buckingham.
#2 Tiada Lagi Gelaran ‘Tuanku’
Selepas bercerai Puteri Diana kehilangan gelaran dirajanya dan sepanjang dirinya hidup selama setahun tiga hari, beliau dikenali sebagai Diana. Pada awalnya Ratu Elizebeth II membenarkan Puteri Diana memegang gelaran tersebut tetapi malang bekas suami iaitu Putera Charles tidak bersetuju, lalu gelaran tersebut dilucutkan.
#3 Bajet Melancong
Seperti sedia maklum ahli kerabat diraja memiliki wang bajet perlancongan yang mewah dan eksklusif, tetapi malangnya keistimewaan tersebut bukan lagi milik Puteri Diana setelah bercerai.
Jika Puteri Diana ingin melancong ke luar negara, dirinya harus mendapatkan tandatangan dari pejabat negara luar dan juga tandatangan Ratu Elizebeth II.
#4 Pejabat Di Istana St.James
Segala-galanya berubah selepas dirinya bercerai dengan Putera Charles, Puteri Diana memiliki pejabat di Istana St.James tetapi pejabat tersebut tidak boleh digunakan setelah bercerai. Puteri Diana cuma dapat pertahankan pejabatnya di Istana Kensington.
#5 Para Pekerja
Kesudahan kisah Puteri Diana tidak sampai di situ sahaja, selepas berjaya pertahankan pejabatnya di Istana Kensington. Pekerja Puteri Diana dikurangkan sehingga menjadi tiga iaitu tukang masak, tukang kemas dan juru rata rias.
Malah butler Puteri Diana sendiri iaitu Burrell memikul pelbagai tugas dari pembantu peribadi, pemandu, tukang beri khidmat penghantaran dan peneman setia tatkala Puteri Diana bersedih.
#6 Perlindungan Dari Polis
Menjadi sebagaian dalam keluarga kerabat diraja, Puteri Diana mendapat perlindungan dan kawalan rapi dari pihak polis tetapi selepas bercerai dirinya tidak dapat memiliki keistimewaan ini lagi. Puteri Diana akan cuma mendapat perlindungan dari pihak polis apabila dirinya menghadiri majlis umum.
#7 Kerja Kebajikan Amal
Puteri Diana sangat terkenal dengan melakukan kerja-kerja amal dan lebih dari 100 kebajikan amal telah dilakukannya sepanjang menjadi ‘Puteri Wales’. Malangnya Puteri Diana tidak dapat meneruskan ke semua kerja-kerja murni ini kerana selepas bercerai, kerja amalnya telah dikurangkan menjadi enam sahaja.
Meskipun begitu, Puteri Diana tetap meneruskan mana yang ada dan ia menjadi kenangan buat penduduk Britain bahawa Puteri mereka berjiwa rakyat.
#8 Percintaan Yang Tidak Kesampaian
Pada tahun 1995 Puteri Diana telah jatuh cinta dengan doktor pakar bedah hati dari Pakistan iaitu Doktor Hasnat Khan, Puteri Diana sanggup meninggalkan United Kingdom untuk tinggal bersama dengan doktor tersebut di Pakistan. Tetapi malang hubungan mereka tidak bertahan lama dan putus pada tahun Puteri Diana bercerai dengan Putera Charles.
#9 Alami Masalah Emosi Yang Serius
Beberapa bulan sebelum kemalangan yang meragut nyawa Puteri Diana, dirinya sentiasa merasakan seperti ada orang yang memerhati dan ingin membunuh dirinya seperti . Puteri Diana juga mensyaki pengawalnya sebagai potensi penyerang. Akhirnya Puteri Diana pergi dalam keadaan yang memilukan.
Kehidupan keluarga kerabat diraja tidak seindah cerita dongeng, semoga Puteri Diana tenang di sana.
#RIPPrincessDiana