Fesyen

Bunga Citra Lestari Buka Bisnes Jual Pashmina, Ada 19 Warna Pilihan

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Bunga Citra Lestari Buka Bisnes Jual Pashmina, Ada 19 Warna Pilihan

Nampaknya Bunga Citra Lestari melebarkan sayap dalam dunia perniagaan pula. Selepas restoran, BCL kini menjual pashmina.

IKLAN

Menerusi akaun Instagram @rumahbcl, BCL sekarang fokus pada penjualan produk pashmina. Menggunakan material comfort voil textured, pashmina tersebut tampil dalam rekaan yang simple tapi elegan. Dihujung pula tersemat logo BCL yang dijahit emas, menjadikan pashmina sangat eksklusif.

Menawarkan dalam 19 pilihan warna dari warm tone hingga cold tone yang sesuai untuk pemakaian harian malah acara istimewa. Pashmina bukan sahaja dipakai sebagai hijab, tapi boleh juga dijadikan shawl, skaf, yang sesuai ketika musim sejuk. Asalkan anda bijak untuk menggayakannya.

BCL juga berkongsi cara untuk mencuci pashmina, hanya menggunakan syampu bayi dan sama sekali dilarang guna mesin.

Bila akan dijual, follow Instagram BCL untuk info lanjut.