Berita & Isu Semasa

Tular Hotel Cristiano Ronaldo Jadi Hospital Covid-19 Adalah Palsu!

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Tular Hotel Cristiano Ronaldo Jadi Hospital Covid-19 Adalah Palsu!

Viral kononnya hotel milik pemain bola sepak tersohor Cristiano Ronaldo telah diubah menjadi hospital bagi merawat kes Covid-19.

IKLAN
Foto – Facebook

 

Walaubagaimanapun, Hotel Pestana CR7 yang terletak di Lisbon telah menafikan berubah menjadi hospital coronavirus buat sementara waktu.

Portugal kini mempunyai 169 kes yang disahkan dan masih lagi tiada kematian.

Hotel mewah di ibu negara Portugis itu membantah khabar angin yang dilaporkan oleh media Sepanyol, Marca.

Seorang jurucakap memberitahu:

“Kami adalah sebuah hotel, kami tidak akan menjadi hospital, ia adalah hari seperti orang lain, kami akan kekal sebagai sebuah hotel.

Sekarang banyak betul penularan berita palsu, jadi anda semua kena hati-hati. Baca dari sumber yang betul!

RUJUKAN : 12

IKLAN