Makanan

Peminat Matcha Ada Port Baru Boleh Lepak, #InstagramWorthy Tau!

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Peminat Matcha Ada Port Baru Boleh Lepak, #InstagramWorthy Tau!

Siapa peminat matcha? Atau dalam bahasa kita teh hijau.

IKLAN

Wanista nak beritahu ada port baru yang serius cool dan berbaloi untuk anda semua singgah. Oh Cha Matcha sebuah kafe yang memfokuskan kepada pencinta teh hijau.

Pintu masuk Oh Cha Matcha Kafe. Foto – Arkib Wanista

Berada di kawasan yang sibuk dengan barisan kedai runcit dan restoran, dari luaran terlihat sebuah kafe dengan dekorasi indah berserta permainan warna hijau dan peachy pink memenuhi ruang, membuatkan kita tertawan.

Itulah dia Oh Cha Match, sebuah kafe unik yang terletak di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bukan Setakat Sedap Tapi Berkhasiat

Bukan kafe biasa-biasa, Oh Cha Match menyajikan barisan minuman gred premium yang lazat dan sihat untuk untuk pencinta matcha. Dimiliki oleh dua orang jejaka kelahiran Kuala Lumpur, Oh Cha Matcha menawarkan minuman klasik dan inovatif sesuai dengan citarasa tempatan.

Barisan minuman Oh Cha Matcha. Foto – Arkib Wanista

Sebagai contoh, kombinasi matcha dengan kesihatan di bawah kategori Drink Your Colours and Beauty Series (diselitkan sekali dengan khasiat kolagen).

  • Bentong Ginger, Turmeric Matcha – Mengurangkan kesakitan otot, anti-radang dan mengurangkan kesakitan haid
  • Pandan, Lemongrass, Matcha – Menurunkan tekanan darah tinggi, anti-radang, meredakan loya
  • Chrysanthemum Matcha – Mengelakkan Osteoporosis, menghalang penyakit kronik, melegakan saraf
  • Purple Sweet Potato, Blue Spirulina, Matcha – Meningkatkan regulasi darah, detoksifikasi, boleh mengurangkan risiko kanser
  • Beetroot, Blue Spirulina, Matcha – Meningkatkan stamina, menyokong sistem imun, meningkatkan kesihatan pencernaan
  • Charcoal, Matcha – Racun toksin, boleh meningkatkan fungsi buah pinggang
Mango Matcha – Kombinasi ekstrak buah mangga, matcha dan stevia (pengganti gula). Foto – Arkib Wanista

Minuman yang dicampur dengan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit, melegakan kesakitan sendi, meningkatkan jisim otot, menggalakkan kesihatan jantung dan mencegah sakit tulang.

  • Rose Collagen Matcha
  • Purple Sweet Potato, Blue Spirulina, Collagen, Matcha
  • Beetroot, Blue Spirulina, Collagen, Matcha
Menu Oh Cha Matcha. Foto – Arkib Wanista

Dekorasi Indah Yang #InstagramWorthy

Dengan kombinasi warna-warna pastel seperti hijau muda dan peachy pink memberi gambaran yang cantik serta comel. Sekali menjejakkan kaki ke dalam kafe, terus rasa nak bergambar. Kafe butik telah dirancang dengan sengaja untuk menjadi syurga yang tenang dengan kecanggihan reka bentuk yang dipersembahkan.

IKLAN
Daun lalang memenuhi deko kafe. Foto – Arkiv Wanista
Pantri terbuka yang sangat minimalist. Foto – Arkib Wanista
Ruang meja makan yang tersusun kemas. Foto – Arkib Wanista

Untuk setiap minuman harga yang ditawarkan sekitar RM10 hingga RM15 sahaja. Susu yang digunakan hanyalah organik vegetarian seperti soy milk, almond milk, susu segar tidak diguna melainkan permintaan pelanggan sendiri.

7am hingga 11pm setiap hari

130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail

03-77320397

Facebook: ohchamatcha.kl

Instagram: @ohchamatcha.kl

Selamat Berkunjung!