Netizen kini boleh menarik nafas lega, apabila Daiso mengeluarkan satu lagi notis makluman terbaru mengenai isu penutupan outlet yang dikeluarkan pada baru-baru ini. Syarikat serbaneka dari Jepun ini memohon maaf terhadap kesilapan maklumat dan kekeliruan mengenai beberapa lokasi outlet yang bakal di tutup.
Menerusi notis makluman yang di keluarkan oleh Daiso East Coast Mall, outlet Daiso di cawangan East Coast Mall Kuantan saja akan di tutup dan ia berkuatkuasa pada 31 Mac 2020 ini.
Terdahulu Daiso mengeluarkan notis kenyataan di mana beberapa cawangan seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Miri, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang akan di tutup selama-lamanya pada 1 April 2020 akan datang.
Dan ia menyebabkan ramai netizen berasa terkejut, dan tidak percaya dengan notis yang dikeluarkan oleh Daiso. Tetapi tidak lama kemudian, Daiso sekali lagi mengeluarkan notis makluman terbaru bahawa outlet yang bakal di tutup adalah Daiso di cawangan Kuantan di East Coast Mall sahaja.
Berikutan makluman terbaru yang dimuatnaik itu, rata-rata ramai netizen sekitar Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang berasa gembira dengan berita terbaru tersebut.
Cuma netizen yang menetap sekitar Kuantan dan sering membeli-belah di East Coast Mall, berasa sedih akan penutupan Daiso di cawangan tersebut.
Malah masih ramai netizen di Kuantan berharap ianya cuma prank april fool semata, tetapi nampak gaya notis yang dikeluarkan kali ini adalah benar.
Buat suspen je Daiso ni, keluar notis macam nak tutup semua cawangan dekat Malaysia!
Rujukan: 1,