Hiburan

Lee Min Ho Is Back! Bakal Muncul Dalam Drama Baru Bersama Heroin Goblin

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Lee Min Ho Is Back! Bakal Muncul Dalam Drama Baru Bersama Heroin Goblin

Confirm ramai teruja ni!

IKLAN

Apakan tidak selepas dua tahun, oppa kesayangan ramai Lee Min Ho akhirnya muncul dalam drama baru. Selepas habis latihan ketenteraan, aktor ini diam sekejap tanpa khabar berita dan sekarang dia beraksi semula.

Foto – News Break

Drama baru laku keras menyaksikan Lee Min Ho bersama heroin Goblin, Kim Go Eun sebagai tunjang utama.

Ditulis oleh Kim Eun Sook, “The King: Monarch Eternal” adalah kisah dua alam semesta selari monarki dan demokrasi. Lee Min Ho akan memainkan Maharaja Lee Gon yang cuba menutup pintu di antara kedua-dua dunia, manakala Kim Go Eun sebagai detektif Jung Tae Eul yang bekerja dengan maharaja untuk melindungi orang ramai.

Melihat pada trailer yang disajikan SBS, drama ini mempunyai vibe seakan drama hebat Goblin. Adakah jalan cerita juga begitu? Yang pasti karya Kim Pun Sook selalunya tidak pernah mengecewa, beliau tampil dengan idea baru untuk memberi kepuasan kepada penonton.

Okay, penulis pun tak sabar. Kita sama-sama nantikan¬†“The King: Eternal Monarch” yang bakal ditayangkan April nanti. Adakah drama ini akan mencipta fenomena?

RUJUKAN

IKLAN