Rakyat Malaysia terutama rakyat Sarawak sangat gembira dengan perlantikan Dato Sri’ Hajah Nancy Shukri sebagai Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang baru. Ahli Parlimen Batang Sadong ini nekad untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik.
Bagi rakyat Sawarak mereka cukup kenal dengan wanita berjiwa kental ini, tetapi bagi yang tidak tahu ini beberapa fakta menarik tentang Dato Sri’ Hajah Nancy Syukri yang pasti buat kamu kagum dengannya!
#1 Latar Belakang Pendidikan Yang ‘Power’
Siapa sangka rupa-rupanya Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang baru ini memiliki latar belakang pendidikan yang sangat hebat! Wanita berusia 58 tahun ini memiliki pendidikan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian di Universiti Hull, United Kingdom.
Dan memiliki Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UITM) dan juga di Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
#2 Pemimpin Yang Berkaliber Tinggi!
Sejak dirinya mula memasuki sektor kerajaan pada tahun 1992 sehinggalah 2018 dan kini menjawat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, pelbagai rencah dan ragam telah dilalui sepanjang bertugas dalam kerajaan. Ini antara jawatan yang pernah di pegang oleh Dato Sri’ Hajah Nancy Shukri:
- Penasihat Undang-Undang, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
- Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Beliau bukan saja sekadar menteri biasa, malah merupakan seorang ahli politik yang cukup hebat dengan menyandang beberapa jawatan hebat seperti:
- Bekas Penolong Setiausaha Agung
- Bekas Setiausaha Wanita
- Naib Ketua 1 Wanita
#3 Antara 7 Wanita Mendapat Gelaran ‘Iron Lady’
Pernah mendapat gelaran ‘Iron Lady’ pada GE-14 (general election) bersama enam menteri wanita yang lain yang berjaya di lantik sebagai menteri di pejabat perdana menteri bagi tempoh 2013-2018. Untuk membuktikan gelaran yang disandangnya beliau buktikan kerja keras sepanjang berkhidmat dengan memperjuangkan hak wanita.
Sepanjang dirinya berada dalam pentadbiran, Dato Sri’ Hajah Nancy tidak pernah berhenti memperkasakan martabat wanita, terutama apabila dirinya telah menjadi Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen di mana dirinya banyak mengambil berat dan memfokuskan tentang isu-isu berkaitan dengan kaum wanita seperti gangguan seksual, mementingkan penglibatan wanita dalam bidang pentadbiran dan hal-hal kekeluargaan serta komuniti.
#4 Merupakan Seorang Menteri Yang Lantang Bersuara
Wanita hebat ini juga seorang yang berani dan lantang bersuara isu yang bersangkut paut dengan undang-undang, keagamaan dan hak rakyat Sarawak. Selain itu, dirinya juga bijak membidas kenyataan mana-mana ahli parlimen yang memberi kenyataan yang tidak benar tentang pentadbiran negeri Sarawak.
#5 Berjiwa Rakyat & Disanjungi Ramai
Untuk pengetahuan ramai beliau juga sering mengunjungi rakyat dari rumah ke rumah, sambil memantau dan mendengar keluhan dan masalah rakyat di Sarawak.
Tambahan lagi dengan pelantikan baru yang disandangnya, rata-rata ramai rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka akan pelantikan yang di jawat oleh Dato Sri’ Hajah Nancy Shukri ini.
Diharap lepas ni sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan akan terus maju di bawah pimpinan menteri baharu kita ini.