Kecantikan

Lip Balm Lucas Papaw Bukan Setakat Rawat Bibir, Tapi 1001 Manfaat Kecantikan

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Lip Balm Lucas Papaw Bukan Setakat Rawat Bibir, Tapi 1001 Manfaat Kecantikan

Pernah menggunakan lip balm di atas?

IKLAN

Mungkin masih kurang mendapat sambutan di Malaysia kerana kesukaran untuk dapat tapi percayalah lip balm kelahiran negara Australia ini cukup popular dan memang berkesan. Selebriti seperti Naomi Watts, Rosie Huntington-Whiteley, Natalie Portman, Adele hingga supermodel terkenal seperti Gisele Bundchen, Alexa Chung, dan Cara Delevingne juga diketahui menggunakan produk ini.

Merupakan produk syarikat keluarga milik Australia, Lucas ‘Papaw Remedies, lip balm ini dibuat menggunakan buah betik (papaya/papaw) asli Australia yang dipercayai berkesan untuk ubat semulajadi kerana ia mengandungi sifat antibakteria dan anti-mikrob.

Foto – Express

Buah betik memperolehi sifat antibakteria dan antimicrobial apabila ditapai, yang boleh membantu menyembuhkan masalah kulit apabila digunakan secara topikal.

Sifat yang sama seperti gel petroleum, Lucas Papaw Ointment diakui mampu merawat:

  • Kulit terbakar
  • Ruam
  • Kulit kering dan pecah-pecah
  • Kulit luka
  • Iritasi
  • Gigitan serangga

Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita menggunakannya sebagai lip balm kerana keberkesanan merawat bibir kering dan juga melembap. Tapi yang jelas Lucas Papaw Ointment mempunyai pelbagai faedah untuk kecantikan yang ramai tidak tahu.

Terdapat banyak variasi papaw ointment, yang bezanya ada dicampurkan dengan buah yang ditapai. Lucas Papaw terkenal kerana mengandungi jeli petroleum gred farmaseutikal dan gum balsam dari Peru, sementara jenama lain menggantikan jeli petroleum dengan beeswax dan minyak dari tumbuhan lain.

Foto – Pinterest

Bukan Setakat Letak Di Bibir Tapi…

Ubat untuk kulit kering

Sekiranya kulit anda senang kering, lapisan Lucas Papaw boleh melembutkan kawasan kasar dan kering dengan menyediakan kelembapan sementara. Anda juga boleh menggunakannya bersama losyen badan untuk melindungi kawasan yang lebih cenderung kepada kekeringan, seperti lutut dan siku.

Remedi untuk luka, sinaran matahari, gigitan serangga, ruam

Untuk menangani masalah kulit di atas, kulit anda memerlukan bantuan daripada kekeringan dan perlindungan terhadap bakteria berbahaya. Lucas Papaw Ointment mampu melakukannya, sapu pada tempat untuk menenang dan melembapkan kulit gatal pada setiap masa.

IKLAN

Rawatan jerawat

Dengan ciri-ciri antibakteria semula jadi, ramai telah cuba menggunakan Lucas Papaw sebagai rawatan jerawat. Menggunakan ke atas jerawat membantu mengurangkan parut dan kemerahan semasa dan selepas breakout.

Menjaga kutikel

Anda boleh manfaatkan Lucas Papaw dengan meletakkan sedikit di kuku supaya kekal lembap. Formulanya juga dapat menutrisi sehingga kulit di sekitar kuku sihat dan terasa lembap.

Pengganti facemask

Bagi anda yang mempunyai jenis kulit yang kering, produk ini boleh menjadi lifesaver dalam kecemasan. Aplikasikan Lucas Papaw pada seluruh wajah secara tipis setelah melakukan scrubbing wajah untuk melembapkan sekaligus meremajakan kembali kulit wajah.

Mengatasi kaki pecah-pecah

Tak hanya dapat digunakan untuk mengatasi bibir kering, formulanya yang melembap juga dapat digunakan di telapak kaki. Setelah mencuci kaki hingga bersih, usapkan pada bahagian telapak kaki dan tumit secara rutin untuk mendapatkan telapak kaki yang mulus bagaikan bayi.

Kerana sifat antibakteria, ramai telah menggunakannya sebagai ubat untuk kulit kering. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa produk tidak menawarkan kelembapan tambahan tetapi ia membantu menghalang kelembapan daripada berkurang dan membolehkan kulit anda mengekalkan kelembapan yang sudah ada.

Foto – Express

Anda boleh mendapatkan produk ini secara atas talian seperti LazadaShopeeWatsons dengan harga yang berpatutan.

RUJUKAN : 123