Siapa sini suka sangat sangat guna emoji hati, tiap kali menghantar mesej je mesti nak letak emoji hati. Tapi ramai tak tahu, apa makna di sebalik warna-warni emoji hati yang terdapat dalam aplikasi yang kita gunakan. Pernah tak terfikir, kenapa emoji hati tu ada banyak warna kenapa perlu ada emoji hati berwarna-warni ni?
Ini makna sebenar warna-warni emoji hati yang ramai tak tahu!
Curah Rasa Cinta Dengan Emoji Hati Warna Merah!
Emoji hati berwarna merah melambangkan perasaan cinta dan jiwa romantik. Jika kamu ingin menghantar emoji hati buat yang tersayang, maka emoji hati berwarna merahlah yang sesuai untuk di guna pakai.
Selain itu, emoji hati berwarna merah ini juga boleh digunakan bagi menunjukan semangat dan sokongan kepada sang penerima mesej emoji tersebut.
Warna Oren Mahu Hubungan Sebagai Kawan
Emoji hati berwarna oren ini pula melambangkan perasaan sayang tetapi perasaan tersebut hanya separuh saja. Yakni bermakna jika kamu menghantar emoji hati berwarna oren kepada seseorang, ia bermaksud kamu tidak mahu ada sebarang hubungan romantik dengannya tetapi menganggap orang tersebut sebagai kawan sahaja.
Warna Kuning Lambang Persahabatan Sejati!
Bagi emoji berwarna kuning pula melambangkan kegembiraan dan persahabatan di dalam kehidupan. Biasanya emoji hati berwarna kuning ini digunakan bagi menunjukan tanda persahabatan dan kegembiraan hubungan berkawan.
Bukti Rasa Percaya & Setia Dengan Warna Biru
Emoji hati berwarna biru melambangkan rasa percaya dan kesetiaan yang tidak berbelah bahag. Oleh itu, jika kamu ingin meluahkan rasa percaya dan menunjukan lambang kesetian, maka emoji hati berwarna biru ini adalah mesej tersembunyi yang bagus!
Tak Payah Nak Jeles Sangat Dengan Warna Hijau
Emoji hati berwarna hijau pula melambangkan gaya hidup yang sihat dan bersahaja atau ia juga boleh di lihat sebagai mesej untuk berbaik semula. Selain itu, emoji hati berwarna hijau juga dikenali sebagai hati yang cemburu!
Jadi bergantung dengan kata-kata yang kamu taip, ia akan menggambarkan maksud yang berlainan berdasarkan mesej yang ingin kamu sampaikan kepada si penerima.
Emoji Hati Warna Ungu Yang Memahami
Emoji hati berwarna ungu melambangkan sikap memahami yang tinggi, ia juga melambangkan perasaan kasih sayang. Jadi emoji sebegini sesuai untuk digunakan pada adik-beradik, ibu bapa atau rakan karib. Selain itu, warna ungu ini juga melambangkan kekayaan diri.
Kalau Dah Hitam, Tak Ke Manalah Jawabnya
Apa maksud Emoji berwarna hitam ini? Emoji hati yang berwarna hitam ini melambangkan maksud hati yang sedang bersedih. Selain itu, emoji hati berwarna hitam ini juga membawa maksud jiwa yang gelap dan tidak mahu mengalah.
Kan Cantik & Bersih Je Emoji Hati Warna Putih Ni
Dikatakan emoji hati berwarna putih ini melambangkan tanda kasih sayang, tetapi ada juga yang mengatakan emoji hati berwarna putih adalah tanda mengidam ingin makan coklat putih. Ada juga yang berkata emoji hati berwarna putih ini melambangkan musim sejuk.
Hati Kena Kental & Kuat, Baru Sejati!
Emoji hati terbaru dengan warna coklat, ia di reka untuk melambangkan kekuatan dan kekentalan jiwa. Ia juga bermaksud jiwa yang hangat dan boleh bergantung harap. Oh ada juga yang berpendapat emoji hati berwarna coklat ini juga melambangkan keinginan untuk makan coklat!
Peringatan tak semua aplikasi emoji memiliki emoji hati dengan warna-warna yang penulis berikan di atas. Bergantung pada aplikasi emoji yang ada, dan gunakan simbol emoji hati berwarna dengan menghantar mesej yang betul kepada sang penerima.
Selamat beramal!