Pada malam sabtu di Las Vegas baru-baru ini, UFC fighter Brian Ortega telah menampar penyanyi rap Korea Jay Park pada malam acara UFC 248 sedang berlangsung.
Menurut MMA Junkie saksi yang melihat kejadian tersebut menyatakan Ortega mula mendekati Jay Park semasa peserta Joanna Jedrzejczyk keluar dan bersemuka dengan Jay Park mengenai isu ‘trash talk’ yang berlaku pada bulan lepas.
Semasa kejadian berlaku Chan Sung Jung yang merupakan rakan dan juga UFC fighter yang dikenali dengan nama ‘The Korean Zombie’ tidak bersama Jay Park waktu itu kerana ke tandas. Ortega kemudian di bawa keluar oleh pengawal sebelum keadaan menjadi lebih tegang.
https://twitter.com/MirccMMA/status/1236554219538259968
Berikutan isu ‘trash talk’ yang berlaku pada bulan lepas, Chan Sung Jung aka The Korean Zombie yang sebenarnya telah bercakap buruk mengenai Ortega semasa di temuramah dalam ‘Ariel Helwani’s MMA Show’. Pada waktu itu, Jay Park sebagai penterjemah menterjemah kata-kata yang diucapkan oleh Chan Sung Jung.
Chan Sung Jung berkata Ortega ‘mengelak’ untuk berlawan dengan dirinya, difahamkan Chan Sung Jung dan Ortega akan berlawan pada bulan Disember tahun lalu tetapi Ortega terpaksa menarik diri kerana cedera.
Ortega yang berang dengan tuduhan ‘mengelak’ tersebut, memuat naik status di laman sosialnya yang dirinya akan menyelesaikan hutang dengan Chan Sung Jung dan tidak dengan Jay Park.
“Jay Park selamat datang ke perlawanan, jangan terkejut jika aku tampar kau bila aku jumpa kau nanti” – Brian Ortega
Dan ternyata kata-kata yang dimuatnaik di laman sosialnya dikotakan dengan menampar Jay Park di acara UFC 248 pada malam sabtu baru-baru ini.
Kesian Jay Park, gara-gara tolong terjemah ayat orang lain, diri sendiri yang terkena tempias!