Hiburan

Unik, Katy Perry Dedah Hamil Anak Pertama Dalam Muzik Video Terbaru!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Unik, Katy Perry Dedah Hamil Anak Pertama Dalam Muzik Video Terbaru!

Rata-rata ramai peminat Katy Perry, masih terkejut dan seperti tidak percaya bahawa penyanyi bersuara lunak ini sedang hamil anak pertama bersama tunangnya Orlando Bloom. Katy Perry berkongsi berita gembira ini kepada peminatnya, menerusi muzik video lagu terbarunya ‘Never Worn White’.

IKLAN

Katy Perry mendedahkan baby bump, pada minit terakhir dalam muzik video terbarunya. Cara penyanyi berbakat besar ini berkongsi berita gembira, sangat mengejutkan dan juga unik.Β 

Melihat saiz perut Katy yang agak besar itu, bermakna sudah lama dirinya menyimpan rahsia tersebut! Pandai betul Katy sorok rahsia dari semua orang.

Menerusi sesi soal jawab semasa tayangan muzik video yang diadakan baru-baru ini, Katy Perry mendedahkan ini adalah rahsia yang paling lama dirinya simpan.

Katy Perry ingin berkongsi segalanya kepada peminatnya dan cara terbaik untuk mengumumkannya, menerusi lagu kerana itulah yang menghubungkan dirinya bersama peminat di seluruh dunia.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Ini merupakan anak pertama Katy Perry, 35 bersama tunangnya Orlando Bloom, 43. Manakala bagi Orlando Bloom ini merupakan anak keduanya bersama penyanyi hebat tersebut, dan anak pertamanya yang berusia sembilan tahun adalah hasil bersama bekas isterinya Miranda Kerr.

Jom Intai Perjalanan Kisah Cinta Katy Perry & Orlando Bloom!

Foto – Arkib Wanista

10 Januari 2016

Katy Perry dan Orlando Bloom di lihat bermesraan selepas majlis Netflix Golden Globes, dan juga menari bersama. Rata-rata ramai yang mengesyaki mereka berdua mungkin ada sesuatu dan khabar angin tersebut berputar mengenai apakah hubungan sebenar antara Katy dan Orlando!

12 & 24 Februari 2016

Nampaknya ia bukan sekadar khabar angin kerana pada 12 dan 24 Februari 2016, pasangan tersebut di lihat menjadi semakin rapat dan bercuti bersama serta melakukan aktiviti seperti mana pasangan lain yang sedang hangat bercinta.

3 Mei 2016

Opss, mungkin banyak sangat intim Katy dan Orlando di tangkap oleh paparazi, jadi mereka mengekalkan jarak. Semasa Katy dan Orlando menghadiri majlis Met Gala di New York, mereka berdua di lihat tidak berjalan bersama cuma pakaian saja menggunakan tema yang sama. So romantik!

Foto – Google

20 Mei 2016

Yeay, Katy Perry dan Orlando Bloom sah umum jadi pasangan kekasih! Katy menunjukan beberapa gambar dirinya bersama Orlando di Festival Filem Cannes. Lepas ni tak ada sembunyi-sembunyi lagi dah!

Ogos 2016

Gempar keluar pula gambar bogel Orlando sambil mendayung sampan, pada waktu itu pasangan tersebut sedang bercuti di Itali. Orlando dikatakan menanggalkan pakaian sebelum menyelam ke dalam air, sambil menikmati mendayung sampan yang romantik bersama teman wanitanya Katy Perry. Macam-macamlah dia orang.

22 November 2016

Oh no, Katy Perry dan Orlando Bloom bukan lagi pasangan kekasih! Menurut pelbagai sumber, Orlando memberitahu rakannya bahawa dia memutuskan hubungan dengan Katy kerana tidak bersedia untuk berkahwin dan memiliki anak. Ada pula sumber lain yang menyatakan Katy yang memutuskan hubungan tersebut kerana perjalanan hidup yang berlainan.

Tetapi beberapa hari kemudian pasangan ini di lihat bermesraan, seolah-olah mereka tidak pernah berpisah. Fuh, macam-macam betul selebriti ni.

Foto – Geo Tv

Januari 2017

Permulaan tahun terbaik buat pasangan romantik ini, Orlando di lihat kerap menemani Katy dan mengikuti teman wanitanya dan Katy pula di lihat bertungkus-lumus mengadakan parti hari lahir teman lelakinya sebagai kejutan. Serius romantik betul, melimpah ruah aura manis tu!

1 Mac 2017

Setelah setahun berpacaran, wakil kedua-dua pasangan ini mengumumkan bahawa mereka berdua bukan lagi pasangan kekasih. Dan ini membuatkan ramai peminat yang mengikuti perjalanan hubungan Katy dan Orlando kecewa.

Ogos 2017 – Februari 2018

Khabar angin berkisar antara Katy dan Orlando tidak berhenti meski mereka tidak lagi bersama, kemudian tidak lama berpisah, Katy dan Orlando pergi bercuti bersama pada bulan Ogos 2017. Manakala pada bulan Januari 2018, pasangan ini di lihat menghabiskan sambutan Tahun Baru mereka di Jepun.

Kemudian pada bulan Februari, mereka berdua di lihat bercuti di Maldives dan menurut sumber pasangan tersebut telah kembali bersama semula.

Foto – Access

April – Mei 2018

Dek kerana terlalu banyak khabar angin mengenai pasangan tersebut, pada bulan April 2018 Katy di temuramah bersama ET dan menjelaskan dirinya tidak lagi solo. Kemudia pada bulan Mei 2018, Katy sekali lagi mengesahkan bahawa dirinya sudah berpunya. Siapa pasanganya, Orlando mungkin?

15 Februari 2019

Pasangan kekasih mana yang tidak ada pasang surutnya, Katy dan Orlando juga begitu dan akhirnya pada mengumumkan bahawa diri mereka telah bertunang pada Hari Kekasih! Katy mengongsikan gambarnya dirinya bersama Orlando sambil menayangkan cincin tunangnya. Tahniah Katy dan Orlando!

Foto – Google

Jun – Ogos 2019

Katy dan Orlando merancang perkahwinan mereka ‘slow’ kerana tidak mahu tergesa-gesa dan biar semuanya berjalan secara perlahan-lahan. Malah kehidupan mereka berdua juga semakin stabil baik dari segi ekonomi dan juga mental.

November 2019

Pada bulan November 2019, Orlando mendedahkan bahawa dirinya inginkan anak bersama tunang kesayangannya Katy Perry dan menyatakan dirinya tidak sabar menimang anak bersama insan tercinta. Sebelum ini Orlando mempunyai seorang anak lelaki bersama bekas isteri Miranda Kerr yang berusia lapan tahun.

Foto – Arkib Wanista

5 Mac 2020

Katy dan Orlando bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun ini! Katy mendedahkan profil dirinya dan menunjukan baby bump pada minit terakhir muzik video terbarunya ‘Never Worn White’. Katy menjelaskan dirinya akan bersalin pada musim panas tahun ini.

Rata-rata netizen yang mengikuti perjalanan kisah cinta mereka, mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Apa-apapun tahniah buat Katy dan Orlando kerana menimang cahaya mata pertama dalam kehidupan mereka!

Rujukan: 1, 2,