Fesyen

Manisnya Kamu Dengan Sepatu ‘Kitten Heels’ Di Majlis Kahwin Nanti…

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Manisnya Kamu Dengan Sepatu ‘Kitten Heels’ Di Majlis Kahwin Nanti…

Cantiknya kamu di hari bahagia, dengan busana putih krim, solekan serba ringkas tapi menaikkan seri pengantin, malah kaki ditutupi dengan sepatu kitten heels yang memikat mata melihat. Hari ini hari kamu, jadi mata-mata mesti tertumpu kepadamu!

IKLAN

Penulis perasan bila majlis kahwin, ada setengah pengantin yang tidak ambil enteng akan soal sepatu. Pada mereka tidak perlu melaram untuk sepatu kerana bukannya nampak pun. Alahai kenapalah begitu pemikirannya. Sepatu sama penting dengan busana dan solekan, semua kena letop…barulah gempak majlis.

Baiklah, jika kamu merancang untuk berbelanja sepasang tumit tinggi pereka fesyen untuk perkahwinan nanti, pertimbangkan sepatu jenis kitten heels. Kitten heels bukan sahaja membuatkan penampilan klasik tapi ia lebih berkualiti dan tidak membunuh kaki kamu.

Tidak seperti kebanyakan tumit tinggi yang lain, kitten heels yang tidak terlalu tinggi boleh dipakai bersama penampilan kasual, atau ke pejabat juga. Jadi, tak membazir beli mahal-mahal tapi pakai sekali je.

Lihat jenama ikonik dengan rekaan kitten heels yang kamu boleh pertimbangkan.

Dior J’Adior Slingback in White Patent Leather

Foto – Dior

Rekaan Dior ini sangat klasik. Boleh dipadankan bersama jeans, skirts, dress atau apa sahaja busana.

Manolo Blahnik Hangisi 70

Foto – Manolo Blahnik

Diperbuat dari fabrik satin putih berkilat dan perincian kristal, Manolo Blahnik pasti akan melengkapkan busana pengantin kamu.

Valentino Rockstud Patent Leather Slingback Pump

Foto – Valentino

Sepasang kitten heels dengan rona merah jambu lembut ini pasti menambah seri ke dalam gambar perkahwinan kamu.

IKLAN

Jimmy Choo Teja 60

Foto – Jimmy Choo

Jika kamu inginkan sesuatu yang lebih glam, sepasang sepatu Jimmy Choo Teja 60 yang dihiasi kristal elegan memberi kilauan setiap kali melangkah.

Dah fikir nak pakai sepatu apa untuk kahwin nanti?