Berita & Isu Semasa

Coronavirus: Sarung Tangan Habis, Kondom Pun Boleh!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Coronavirus: Sarung Tangan Habis, Kondom Pun Boleh!

Masih lagi berkisarkan coronavirus, di Singapura stok kondom habis di jual di semua pasaraya di sana. Gara-gara risau dijangkiti wabak membunuh ini, rakyat Singapura sanggup membeli kondom dan di sarungkan pada jari mereka bagi menggantikan sarung tangan yang kehabisan stok di pasaran.

IKLAN

Kini bukan saja sarung tangan kehabisan stok, malah kondom juga mengalami nasib yang sama apabila rakyat Singapura berpusu-pusu mendapatkan kondom bagi melindungi jari mereka dan sekaligus melindungi diri dari jangkitan wabak berkenaan.

Seperti sedia maklum, dengan penularan wabak coronavirus yang semakin meningkat naik di sana, rakyat Singapura di landa panik. Tambahan lagi dengan kehabisan stok sarung tangan, mereka mencari altenatif lain yang boleh menggantikan sarung tangan dan mereka menggunakan kondom sebagai alternatif pilihan yang ada di sana.

Foto – Arkib Wanista (Stok kondom di pasaraya Singapura telah kehabisan stok)

Ia mungkin kedengaran ganjil dan lucu tetapi rakyat Singapura sanggup menggunakan apa saja yang ada, untuk meminimakan sentuhan pada jari mereka.

Foto – Arkib Wanista (Dari menyentuh butang lif secara langsung, rakyat Singapura menggunakan kondom bagi meminimakan sentuhan dan sekaligus mengelakkan potensi dijangkiti wabak coronavirus)

Dengan menggunakan kondom pada jari, mereka dapat meminimakan sentuhan seperti untuk menyentuh butang lif, mengangkat barang atau ketika berada di dalam pengangkutan awam sekalipun.

Berikutan idea menggunakan kondom sebagai ganti sarung tangan, ramai yang kagum dengan idea rakyat Singapura dan ada juga yang ingin mengikuti cara tersebut jika stok sarung tangan tiada lagi di pasaran.

Melihat betapa paniknya rakyat Singapura sehingga sanggup menggunakan kondom sebagai pelindung dari dijangiti coronavirus, kita juga harus mengambil langkah berjaga-jaga.  

Dengan penularan wabak coronavirus semakin menjadi-jadi, di harap semua rakyat Malaysia mengambil langkah yang sewajarnya dan ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rujukan: 1, 2,