Review - Kecantikan

Hapus Lemak Degil, Rawatan ONDA Dengan Sistem Gelombang Mikro Ada Cara

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Hapus Lemak Degil, Rawatan ONDA Dengan Sistem Gelombang Mikro Ada Cara

“Stress betullah tengok bentuk badan macam ni, macam mana nak hancurkan lemak-lemak degil ni!”

Penulis yakin pasti ramai meluahkan rasa yang sama seperti dialog di atas bukan? Penulis sendiri juga merasai hal yang sama, ya lah siapa suka melihat lemak-lemak degil dan selulit pada tubuh badan terutama pada bahagian perut, lengan, peha dan pinggang!

Dek kerana tertekan dengan gumpalan lemak yang ada, penulis berkunjung ke Klinik Dr Alice Ageless Medispa yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Kunjungan penulis adalah untuk mencuba rawatan ONDA, yang dikatakan dapat menghancurkan lemak degil dalam tubuh serta dapat mengetatkan kulit dengan berkesan.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Apa Itu ONDA

ONDA merupakan mesin rawatan yang pertama, menggunakan sistem gelombang mikro yang dikenali sebagai Coolwaves™. Menariknya sistem Coolwaves™ ni adalah, ia dapat mengurangkan lemak yang telah disasarkan secara berkesan, selamat dan tanpa perlu memasukkan bendasing ke dalam tubuh. Hebat bukan!

Bukan itu saja, sistem gelombang Coolwaves™ yang digunakan dalam mesin ONDA ini juga merupakan solusi untuk wanita yang mempunyai masalah seperti:

  • Body Shaping
  • Cellulite 
  • Tightening
Foto – The Cool Waves

Proses Rawatan ONDA

Gelombang Coolwaves™ akan memasuki tisu dan sel lemak dalam tubuh, kemudian gelombang tersebut akan menghantar tenaga yang menghasilkan haba. Haba tersebut akan menghapuskan sel dan tisu lemak-lemak degil dalam tubuh tanpa perlu rasa sakit pada permukaan kulit pesakit.

Ini Pengalaman Penulis Step-By-Step Jalani Rawatan ONDA!

Foto – Arkib Wanista (Beginilah rupa luaran Klinik Dr Alice Ageless Medispa yang terletak di Bangsar Park, Kuala Lumpur)

Sebenarnya cara rawatan ONDA yang dijalankan di Klinik Dr Alice Ageless Medispa ini, sangat ringkas, mudah dan selamat. Sebelum menjalani rawatan, penulis harus mendaftar terlebih dahulu.

Foto – Arkib Wanista (Ruangan dalam Klinik Dr Alice Ageless Medispa, di kaunter inilah segala urusan pendaftaran dilakukan)

Langkah Pertama

Jadi selepas selesai pendaftaran (psst, penulis tak buat apa pun cuma bagi kad pengenalan dan semuanya diuruskan oleh pembantu klinik Ageless Medispa ni), penulis di kehendaki menimbang berat badan dan ketinggian. Serius malu tengok berat badan diri sendiri!

Foto – Arkib Wanista (Selesai pendaftaran, sesi mengukur ketinggian dan berat badan bermula!)

Langkah Kedua

Setelah selesai urusan-urusan kecil ni, penulis di bawa berjumpa dengan doktor Alice untuk mendapatkan konsultasi mengenai rawatan yang bakal penulis jalani iaitu ONDA.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista (Di sinilah penulis, menunggu nama di panggil untuk bertemu Dr Alice!)

Doktor Alice memberi pencerahan mengenai bagaimana rawatan ONDA ini berfungsi dan apa kesan gelombang Coolwaves™ lakukan pada sel-sel lemak dalam tubuh, serta rawatan ONDA ini juga sekaligus mengetatkan kulit jadi bagi korang tak perlu risau dengan masalah kulit kendur atau menggeleber setelah sel lemak hilang.

Langkah Ketiga

Selesai sesi konsultasi, doktor Alice mula membuat tanda pada bahagian anggota tubuh penulis. Penulis memilih bahagian perut dan pinggang, kerana ketulan lemak-lemak degil di situ lebih kuat berbanding bahagian lain.

Kenapa perlunya membuat tanda adalah kerana supaya doktor yang bertugas menyelia diri kita tahu bahagian mana yang harus difokuskan untuk menghapuskan lemak tersebut.

Foto – Norwest Plastic Surgery Associates (Beginilah rupa bagaimana doktor Alice membuat tanda pada bahagian yang menjalani rawatan)

Langkah Keempat

Tibalah waktu yang dinanti-nantikan, penulis di bawa ke satu bilik rawatan dan di situ penulis melihat mesin ONDA yang besar bersiap sedia untuk memulakan tugasnya iaitu menghancurkan lemak!

Penulis di temani dengan seorang doktor dan juga pembantu klinik di dalam bilik rawatan, doktor mula menghidupkan mesin ONDA dan memilih setting cellulite dan tightening untuk penulis. Manakala pembantunya pula, mula menyapu minyak pada abdomen perut yang telah di tanda oleh doktor Alice.

Foto – Arkib Wanista (Bilik rawatan ONDA, di sinilah penulis baring dan melakukan rawatan tersebut!)

Mesin ONDA mula diletakkan di permukaan perut penulis, pertama kali mesin tersebut menyentuh kulit penulis menggigil jugalah. Sebab pada sekeliling mata ONDA tersebut sangat sejuk bagi menjaga suhu pada tengah mata ONDA agar tidak terlalu panas.

Senang cerita, mula-mula doktor gerakkan mesin ONDA pada kulit penulis rasa macam sejuk bak ais, kemudian lama kelamaan ia mula menjadi panas seperti suam-suam kuku. Rasa selesa je dan penulis sendiri hampir tertidur di buatnya!

Foto – Arkib Wanista (Beginilah rupa bagaimana rawatan ONDA dijalankan. Mesin ONDA ini diletakkan pada permukaan kulit dan gelombang haba akan mula memasuki sel lemak dan kemudian menghancurkannya dengan dengan mengeluarkannya menjadi peluh)

Pada bahagian-bahagian yang bertanda, penulis dapat rasakan ketulan lemak-lemak degil mula berinteraksi dengan gelombang Coolwaves™. Rasa haba mula memasuki sel lemak dan mula menghapuskan lemak degil tersebut. Lemak tersebut akan keluar menerusi peluh.

Setiap bahagian yang bertanda di bahagi pada 11 minit untuk setiap bahagian, jadi sekeluruhan sesi rawatan penulis lebih kurang sejam jugalah sebab banyak tempat yang bertanda!

Foto – Google

Memang berbaloilah kunjungan penulis, kerana dapat tahu bahagian mana ketulan lemak tersebut bersembunyi dan sedikit sebanyak sel lemak berjaya dihapuskan malah kulit juga menjadi ketat. Ini baru sesi pertama, kalau dah buat enam sesi, confirm slim la penulis lepas ni.

Adakah Rawatan Tersebut Menyakitkan?

Rawatan yang dijalankan tidaklah rasa sakit, melainkan di kawasan yang mesin ONDA sedang sasarkan dan temui ketulan lemak degil. Waktu itu, baru kamu akan rasa sakit sedikit kerana gelombang Coolwaves™ sedang cuba hapuskan lemak degil tersebut.

Bagaimana Pula Dengan Harganya?

Setiap rawatan yang dijalankan di Klinik Dr Alice Ageless Medispa ini, perlu bertemu dengan doktor Alice terlebih dahulu. Dapatkan konsultasi bersama doktor Alice mengenai bahagian yang ingin melakukan rawatan ONDA.

Foto – Arkib Klinik Dr Alice (Untuk harga pengunjung harus bertemu dengan doktor Alice dan mendapatkan konsultasi harga rawatan yang ingin di ambil)

Kerana harga ditetapkan oleh Doktor Alice sendiri dan setiap bahagian berlainan. Tetapi jangan khuatir kerana doktor Alice juga memberikan pakej-pakej rawatan tertentu, dan pakej tersebut di susun atur oleh Doktor Alice mengikut kehendak atau mengikut tahap kesihatan badan pesakit sendiri.

Dan bagi yang mempunyai bajet yang terhad, kamu juga boleh berkonsultasi dengan doktor Alice sendiri mengenai jenis rawatan yang bagaimana boleh kamu dapatkan dengan jumlah bajet yang kamu miliki waktu itu.

Promosi Apa Je Yang Ada Di Klinik Dr Alice Ageless Medispa?

Sekarang ni promosi yang ada adalah rawatan ‘Permanent Hair Removal’ dan juga ‘BB Laser’. Kedua-dua pakej ini sangat berpatutan, jadi tak rugi untuk mencubanya!

Nak Cubalah Rawatan ONDA Ni!

Bagi yang ingin mencuba rawatan ONDA ni, bolehlah kunjungi Klinik Dr Alice yang terletak di tiga lokasi ini:

  • Klinik Dr Alice Ageless Medispa: 257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur (No Tel: 03-2095 0458)
  • Klinik Dr Alice Anti-Aging: 62-1 Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur (No Tel: 03-2282 0994)
  • Klinik Dr Alice Total Wellness Specialist: 46 Lorong Batu Nilam 21-A, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang (No Tel: 03-2095 0458)

Bagi penulis rawatan ini bagus untuk wanita yang ingin menghapuskan lemak-lemak degil ni, dan dalam masa yang sama kesihatan juga dapat di pantau oleh pakar dari masa ke semasa. Serius tak rugi cuba!