Peminat anime, this is for you!
Skechers dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi edisi terhad Skechers X Sailor Moon.
Koleksi ini memaparkan kasut sneakers di dalam dua gaya berbeza, dengan elemen rekaan ikonik diinspirasi oleh Sailor Guardians, yang mana kedua-dua peminat anime ini dan juga penggemar gaya jalanan akan menghargai sepenuhnya. Selain itu, pakaian terpilih Skechers X Sailor Moon juga turut ditawarkan.
Mewakili aura warna Sailor Guardians – Sailor Moon (merah jambu gelap dan biru), Sailor Venus (biru tua dan kuning), Sailor Mercury (biru muda), Sailor Mars (ungu dan merah) dan Sailor Jupiter (merah jambu dan hijau), koleksi ini mengemaskini sneaker bergaya D’Lites Airy 2.0 sedia ada dengan lima pilihan warna baharu. D’Lites 2.0’s Air Cooled Memory Foam menjadi lapik dalam kasut dan penyerap hentakan pada bahagian tengah lapik memberikan keselesaan semasa anda berjalan atau menari menggunakan kasut ini.
Terdapat dalam saiz wanita 5-9 US, koleksi ini berharga RM459 dan sudah boleh didapati di semua kedai terpilih.