Resipi

Resepi Sotong Masak Hitam Paling Pedas Cara Laudya Cynthia Bella

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Resepi Sotong Masak Hitam Paling Pedas Cara Laudya Cynthia Bella

Ada sesiapa yang puasa ganti hari ini?

IKLAN

Baiklah, jika anda sedang mencari juadah untuk memasak di kala berbuka nanti, Wanista ada satu menu sedap menyelerakan dan pasti disukai ramai. Confirm makan sampai jilat pinggan, jilat jari semualah.

Makan sotong tak? Bukan sotong goreng tepung, atau sambal sotong tapi sotong masak hitam yang paling pedas mengikut resepi si cantik manis aktres Laudya Cynthia Bella.

Bella yang kebelakangan ini rajin berkongsi video di Youtube, sempat memasak satu menu kesukaannya iaitu sotong masak hitam pedas dengan petai. Memang nampak lazat bila melihat Bella penuh selera makan di hujung video.

Foto – Youtube

Nak resepi, Wanista kongsikan di bawah.

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Petai
  • Daun Salam
  • Daun Limau Purut
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit Hidup
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Buah Keras
  • Cili Api Merah
  • Cili Api Hijau
Foto – Youtube

Cara memasak:

1. Bahan seperti cili api merah, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan buah keras di kisar halus.Β 

2. Panaskan minyak, bahan yang dikisar ditumis sebati sampai pecah minyak. Masukkan daun dalam, daun limau purut, serai, lengkuas, dan halis yang sudah diketuk. Kacau lagi dan masukkan cili api hijau.

3. Kacau-kacau dan perasakan. Bila dah naik bau semerbak, masukkan sotong. Kacau lagi dan terbalikkan supaya semua bahagian masak sama rata, bila-bila masa dakwat hitam akan pecah. Selepas itu, dimasukkan pula petai – ini mengikut tekar masing-masing, tiada paksaan.

4. Kacau rata dan biarkan sehingga masak. Ingat sotong jangan dimasak terlalu lama, takut nanti keras dan bilant kesegarannya, tak sedap dimakan.

5. Makan bersama nasi panas, memang menyelerakan.

Dakwat Hitam Pada Sotong Bukan Najis

Mungkin ada di antara kita yang tidak makan dakwat sotong kerana pemahaman mereka merasakan ia adalah najis.

Untuk pengetahuan semua,Β dakwat sotong bukan najis atau hasil penyahtinjaaan sebaliknya ia adalah sejenis pigmen gelap yang dilepaskan oleh binatang Cephalopod (sotong) ketika menyelamatkan diri.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berpendapat dakwat sotong itu tidak haram dimakan jika tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan di laman Facebook rasmi menyatakan mengikut mazhab Syafie, hukum memakan sotong harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut diharuskan untuk dimakan.

Foto – Nurfuzie.com

Resepi Bella merupakan cara orang Indonesia, jadi mungkin lain untuk masyarakat tempatan di sini. Apapun, selamat mencuba!

RUJUKAN