Kecantikan

Tonjol Kecantikan Diri Dengan Koleksi SILKYGIRL Limited Edition Blossom!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Tonjol Kecantikan Diri Dengan Koleksi SILKYGIRL Limited Edition Blossom!

Siapa peminat SILKYGIRL?

IKLAN

Sebagai jenama yang menyeronokkan, berjiwa muda melalui trend warna dan kosmetik terkini, spesifikasi produk yang berkualiti tinggi, dan paling best dalam harga mampu milik, SILKYGIRL mekar dan seiring dengan jenama hebat lain.

Nak tahu sempena ulang tahun yang ke-15, SILKYGIRL teruja untuk memperkenalkan SILKYGIRL Limited Edition Blossom Collection yang direka khas untuk para gadis menawan.

Jadi, apa kelainan yang ditawarkan SILKYGIRL Limited Edition Blossom Collection?

SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream – Pewarna bibir dengan kemasan matte, mampu kekal di bibir sepanjang hari. Terdapat dalam 4 warna edisi terhad, yang berpigmen tinggi untuk melengkapkan hari anda.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Bloom ‘n’ Blush – Pemerah pipi berpigmen tinggi memberikan tekstur ultra halus yang lembut pada pipi, memberikan sinaran yang diingini untuk pipi yang tampil semulajadi dan sihat.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL No-Pore Blur Powder – Bedak bertekstur lembut pasti akan memberikan kulit yang sempurna, cerah dan licin.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Oh My Gel Liner – Celak mata dengan warna yang pekat dan kuat. Formula yang berkrim dan mempunyai liputan tinggi bersifat lembut dan tidak akan menarik kelopak mata. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Oh Eye See Sharp Liner – Garis dan tonjolkan bentuk mata anda dengan formula hitam yang kuat dan berpigmen tinggi. Anda boleh menggayakan eyeliner bersayap sepanjang hari dengan daya tahan lamanya, manakala formula berasaskan air membolehkannya ditanggalkan dengan mudah.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Fragrance Mist – Penyembur rambut dan badan yang membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Berguna untuk semburan pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif secara atas talian di Kedai Rasmi SILKYGIRL di Shopee dari 3 Mac 2020. Bersempena dengan Shopee 3.3 Mega Sale, dapatkan baucar di Shopee untuk menikmati diskaun 20% untuk produk SILKYGIRL kegemaran anda apabila anda membelanjakan RM50, sah pada 3 Mac sahaja dan nikmati baucar termasuk diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM40 dan diskaun RM8 dengan perbelanjaan minimum RM65. Sah hingga 31 Mac, sementara stok masih ada.

Happy Shopping!