Dah sapu minyak panas berulang kali, macam tak ada kesan apa pun. Minyak ni function ke tak sebenarnya?
Penulis yakin ramai di antara kita yang menggunakan minyak panas yang terdapat dipasaran, bagi mencairkan lemak dalam tubuh badan kita. Tetapi adakah minyak panas tersebut, benar-benar berkesan untuk mencairkan lemak degil yang terdapat di bahagian peha, lengan, perut dan pinggang kita?
Senang cerita tiada jalan mudah untuk kurus, ketulan lemak yang terdapat dalam tubuh bukan mudah untuk dicairkan apatah lagi untuk hilangkannya dengan menggunakan minyak panas. Oleh itu, penulis kongsikan cara untuk gunakan minyak panas dengan betul dan tidaklah kamu berasa sia-sia membeli minyak panas tersebut!
Sebelum Workout, Wajib Sapu Minyak Panas Dulu!
Tahu tak sangat rugi jika kamu melakukan workout, tetapi tidak menyapu minyak panas sebelum melakukan aktiviti tersebut. Jika kamu mahu lemak-lemak degil cair, caranya sapu terlebih dahulu minyak panas sebelum kamu melakukan sebarang aktiviti senaman.
Dengan cara ini, bukan saja kamu dapat kekalkan bentuk tubuh badan yang ideal malah kamu juga dapat cairkan lemak dengan mudah. Paling penting kamu harus komitmen dan kena rajin!
Balut Badan Sebelum Tidur
Satu lagi cara untuk dapatkan keberkesanan menggunakan minyak panas, adalah dengan cara wrap atau balut badan sebelum tidur. Tidak semua orang tahu mengenai cara seperti ini, selepas mandi kamu sapu minyak panas pada bahagian tubuh yang dikehendaki.
Kemudian balut tubuh kamu dengan menggunakan plastik balutan dan biarkan semalaman. Lakukan cara ini selama sebulan, kamu pasti dapat lihat hasilnya nanti!
Sapu Minyak Panas, Selepas Bertungku
Bertungku bukan untuk wanita dalam pantang je ke? Hah, pasti soalan sebegini berlegar-legar di ruang fikiran kamu bukan. Sebenarnya sesiapa saja boleh bertungku ni, bertungku ni bukan saja boleh cairkan lemak malah ia juga boleh melancarkan perjalanan darah!
Selepas kamu bertungku, badan akan rasa hangat dan kemudian sapu minyak panas pada anggota tubuh yang kamu lakukan tungku tersebut. Nak tahan lama, selepas bertungku dan sapu minyak panas, balut badan dengan plastik balutan.
Kalori Pun Kena Jaga, Kalau Tak Sia-Sia Je!
Last but not least, makan pun kenalah jaga juga ini tidak asal nampak ada makan sedap, semua ingin di cuba dan akhirnya tak sedar yang diri tu terlebih makan. Jika kamu betul-betul ingin mengurangkan lemak dengan menggunakan minyak panas saja tidak cukup, kamu juga perlu menjaga pengambilan kalori dalam menu harian.
Kalau tak rugi saja guna minyak panas hari-hari, tapi tetap tak berkesan gara-gara tak jaga makan!
Jadi kalau kamu nak kurus dan hilangkan lemak, kena komitmen dan disiplin!