Kesihatan

8 Manfaat Besar Jika Kamu Rukuk Dan Sujud Lama Ketika Solat

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
8 Manfaat Besar Jika Kamu Rukuk Dan Sujud Lama Ketika Solat

Tahukah kamu, terdapat nikmat yang Allah S.W.T berikan, kepada hambanya yang mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

IKLAN

Solat lima waktu merupakan perintah dari Allah S.W.T yang dituntut dalam Islam untuk mengerjakannya dan kita sebagai seorang Muslim wajib melaksanakannya. Tahukah kamu di sebalik mengerjakan solat lima waktu sehari semalam ini, terdapat nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kesihatan kita.

Nikmat kesihatan yang terdapat semasa mengerjakan solat, adalah pada saat kamu melakukan pergerakan rukuk dan sujud. Sebab itu dianjurkan atau digalakan untuk melakukan rukuk dan sujud lama semasa solat, kerana ia memberi lapan manfaat terhadap kesihatan kamu.

#1 Membetulkan Struktur Tulang Belakang

Foto – Arkib Wanista

Tahukah kamu apabila kamu melakukan pergerakan rukuk dan sujud yang betul, secara tidak langsungnya kamu dapat membetulkan struktur tulang belakang dan dapat menghirdarkan diri mengalami masalah tulang mahupun sendi.

Tambahan lagi, apabila kamu melakukan dua pergerakan ini dalam tempoh masa yang lama, ia dapat memberi kesan yang bagus kepada diri untuk jangka masa yang panjang.

#2 Melancarkan Perjalanan Darah

Foto – Arkib Wanista

Semasa kamu melakukan pergerakan rukuk, pada waktu tersebut posisi saraf dan jantung berada selari dengan otak sehingga kebahagian tengah badan. Apabila kamu melakukan posisi rukuk dengan lama, darah dapat disalurkan keseluruhan tubuh badan.

#3 Dapat Membekalkan Oksigen Yang Mencukupi Pada Otak

Tahukah kamu pergerakan sujud dalam solat dapat mengepam darah dengan baik di bahagian leher dan juga ketiak. Malah apabila kamu melakukan posisi sujud, posisi jantung yang berada di bahagian atas otak dapat memberi bekal oksigen secara maksimum kepada otak.

#4 Dapat Menurunkan Kandungan Kolesterol Diri

Foto – Arkib Wanista

Semasa melakukan pergerakan sujud, jari kaki kamu akan dibengkokkan dengan menghadap kiblat. Semasa pergerakan ini berlaku, kandungan kolesterol dalam badan menurun dan dalam masa yang sama jisim sel diri dapat dipertingkatkan.

#5 Posisi Sujud Menguatkan Otot Dan Otak Lebih Proaktif

Pergerakan sujud, bukan saja boleh membuatkan otak menjadi proaktif. Malah, posisi ini juga dapat menguatkan otot di bahagian tekuk, leher, lengan dan otot bahu. Tambahan lagi, apabila kamu melakukan pergerakan sujud dengan lama, secara tidak langsung ia dapat menyeimbangkan posisi tulang belakang kamu.

IKLAN

#6 Mampu Mencegah Serangan Penyakit Sendi Reumatik

Foto – Arkib Wanista

Tahukah kamu semasa meletakkan tangan di antara pusat dan dada selepas takbiratulihram, dapat merehatkan sendi siku, pergelangan tangan dan otot.

Bukan itu saja, dalam posisi tersebut perjalanan darah menjadi lancar dan cecair dalam sendi juga bertambah serta kamu dapat mencegah dari serangan penyakit sendi reumatik atau masalah sendi kaku.

#7 Mampu Menyuburkan Organ Dalaman Wanita

Tahukah kamu dengan melakukan sujud dan rukuk yang dengan lama, dapat menyuburkan dan meninggikan posisi organ dalaman wanita. Menerusi dua pergerakan ini dengan lama, ia sudah cukup mengembalikan kesihatan organ wanita di tahap maksimum.

#8 Dapat Mencegah Diri Dari Penyakit Prostat

Foto – Arkib Wanista

Apabila kamu melakukan pergerakan rukuk, posisi tangan akan berada pada kepala lutut di mana segala otot-otot pada bahu sehingga lengan dapat diperkuatkan. Tambahan lagi, menerusi posisi rukuk ini juga dapat melatih pundi kencing dari serangan penyakit prostat.

Terlalu banyak nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita, dan salah satunya nikmat kesihatan dalam rukuk dan sujud. Cuma kita saja yang tidak sedar akan nikmat kesihatan tersebut, diharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk kamu semua.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,