Kecantikan

Gel Aloe Vera Serius Mujarab Untuk Rambut Gugur!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Gel Aloe Vera Serius Mujarab Untuk Rambut Gugur!

Siapa di sini yang mengalami masalah rambut gugur ketara, yang paling teruk sekali?

IKLAN

Teruk sangat sampai setiap kali sikat, sisir dengan jari – pasti ada beberapa helaian. Stress sangat! Dah guna macam-macam syampu dan perapi tapi masih tak jalan. Kenapa ye?

Orang kata tekanan salah satu sebab kepada rambut gugur. Walaupun masih tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan antara tekanan, para saintis percaya bahawa hormon tekanan mempunyai kesan yang negatif kepada sel yang berfungsi. Jadi, tekanan sememangnya membuatkan rambut gugur. Sekiranya anda mahu rambut yang cantik, adalah baik untuk mengawal tekanan anda.

Foto – Parenting

Bila selidik, terdapat satu petua yang diakui semua wanita. Rata-rata menggunakan Gel Aloe Vera. Ada yang menggunakan gel aloe vera dari jenama Guardian, The Face Shop, Nature Republic, Fruit of Earths atau apa sahaja, asalkan terbukti asli.

Cara Guna Gel Aloe Vera

Bagaimana nak masukkan gel aloe vera dalam rutin mandian?

Baiklah setiap kali anda syampu, campurkan sedikit gel aloe vera dan gosokkan kombinasi tadi ke rambut. Gosok dan bilas. Atau bila dah selesai syampu rambut dan bilas, anda gomolkan sedikit gel aloe vera ke rambut – usap rapi dan bilas.

Yang pasti setiap kali anda melakukan petua ini, rambut terasa ringan dan lembut sekali. Macam feeling model iklan syampu gamaknya. Rambut yang dulu asyik gugur juga mula berkurangan. Memang nampak kesan ketara yang membuatkan anda happy.

Foto – Arkib Wanista

Merawat Rambut Gugur

Untuk pengetahuan anda, ekstrak aloe vera mempunyai beberapa enzimΒ yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengurangkan sel-sel kulit mati dari kulit kepala, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ekstrak Aloe juga mempunyai sifat alkali yang membantu keseimbangan pH kulit kepala dan rambut, yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut.

Baca :Β Manfaat Aloe Vera untuk Rambut

IKLAN

Jadi bila ke farmasi, jangan lupa beli gel aloe vera. Dan cuba sendiri di rumah, rasai perubahannya.

Selamat Beramal!

RUJUKAN :Β 1,Β 2