Semua sedia maklum, wabak Coronavirus nampaknya tidak surut malah makin teruk.
Bukan sahaja di China, malah meliputi negara luar seperti Korea Selatan, Itali, Iran dan banyak lagi. Yang menjadi kemusykilan, kenapa tiba-tiba jumlah pesakit di Korea Selatan mencanak tingginya?
Apa yang berlaku?
Pesakit No. 31
Pesakit No. 31 dipercayai menjadi punca wabak coronavirus terus berkembang di Korea Selatan. Digelar “super spreader”, wanita itu menjadi ahli Shincheonji pertama yang diuji positif COVID-19 di Daegu. Dia juga dituduh bertanggungjawab menyebarkan ke jemaah lain.
Walaupun menunjukkan gejala seperti selesema, wanita yang dipanggil “ahjumma” tetap tidak mahu diperiksa apatah lagi ke hospital. Dia boleh menjalani kehidupan harian seperti makan tengahari di restoran dan berkunjung ke sauna. Bila sakitnya semakin buruk, dia masih sempat pergi ke gereja sebanyak dua kali.
Bagi jemaah, “sakit adalah perbuatan dosa kerana menghalang mereka beribadah.” – jadi konteks di sini bermaksud sakit anda akan makin teruk jika tidak beribadah secukupnya.
Gereja Shincheonji
Kumpulan agama Shincheonji di Daegu dikaitkan dengan penyebaran coronavirus di Korea Selatan. Dulunya bernama Temple of the Tabernacle of the Testimony, Gereja Shincheonji didirikan oleh Lee Man-hee pada 1984.
Lelaki berusia 88 tahun itu dipercayai menjadi tanda kedatangan tuhan Jesus yang kedua. Sebanyak 12 Gereja Shincheonji tersebar di seluruh wilayah Korea Selatan. Dilaporkan anggota jemaah kini mencapai 150,000 orang.
Baru-baru ini, 490 kes coronavirus dilaporkan berkait dengan Gereja Shincheonji. Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Korea mengumumkan bahawa mereka telah kuarantin sekitar 9,300 ahli Shincheonji. Bukan itu sahaja, menurut laporan orang-orang yang biasa dengan Shincheonji, ahli jemaah cenderung untuk menyembunyikan kepercayaan mereka kerana menyedari bahawa mazhab agama ini sangat kontroversi.
Bagi mereka, ketahuan menganut agama Shincheonji lebih menakutkan daripada tertularnya virus, ” kata bekas ahli jemaah Shincheonji. Sebab itulah banyak daripada mereka bersembunyi ketika laporan muncul.
Ketika berita penularan coronavirus di antara jemaah Shincheonji pertama kali beredar, jemaah dikhabarkan membentuk anggota kecil untuk beribadah. Mereka juga diminta untuk merahsiakan hubungan dengan gereja, malah bersembunyi.
Berdasarkan pengakuan bekas ahli, aggota jemaah berlutut di kusyen dan duduk berpegangan tangan sambil berdoa. Ritual ini berlangsung selama dua jam. Agama Shincheonji telah diajar untuk tidak takut dengan penyakit duniawi.
Shincheonji adalah mazhab misteri yang sering menimbulkan kontroversi di Korea Selatan. Pengasas didakwa sebagai satu-satunya orang yang mampu menafsirkan kiasan Alkitab. Pada tahun 2007, satu dokumentari mendakwa bahawa pengasas Shincheonji Lee sebagai manusia abadi. Dilaporkan ahli jemaah sampai berhenti kerja, tinggalkan sekolah dan keluarga semata-mata untuk menyertai Shincheonji.