Berita & Isu Semasa

Bekas Isteri Putera Kelantan, Manohara Mengaku Dah Bertahun Peluk Kristian

Wanista Newsdesk
/
Bekas Isteri Putera Kelantan, Manohara Mengaku Dah Bertahun Peluk Kristian

Rakyat Malaysia kenali wanita cantik dengan nama Manohara Odelia Pinot selepas berkahwin kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra lantas mendapat gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan.

IKLAN
Manohara mendirikan masjid dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan. Foto – Viral

Wanita yang merupakan seorang model dan sosialit Indonesia adalah bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan setelah berkahwin pada 26 Ogos 2008 di Malaysia. Walaubagaimanapun perkahwinan mereka gagal apabila Manohara didakwa didera oleh putera raja tersebut. Masalah rumahtangga tersebut terpaksa diselesaikan segera kerana merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia.

Foto – Free Malaysia Today

Lama tidak mendengar khabar berita si cantik ini, tiba-tiba dikejutkan dengan satu perkongsian di Instagram apabila wanita 27 tahun ini sudah memeluk agama Kristian.

Pegangan agama Manohara sering menjadi kemusykilan netizen kerana wanita ini sentiasa tampil dalam fesyen yang mencolok mata di samping gaya hidup bebas malah menyambut perayaan krismas dengan bebasnya.

Foto – Arkib Wanista

Membuka mulut, Manohara akhirnya mengesahkan bahawa dia kini sudah memeluk agama Kristian. Ini disampaikan oleh Manohara menerusi Instagramnya.

Bagi Manohara, agama adalah perkara yang yang sangat peribadi bagi setiap manusia. Tetapi wanita ini mesti meluruskan agamanya, kerana ramai orang yang salah tentang kepercayaannya.

Keratan kenyataan Manohara di Instagram yang sudah dibuang. Foto – IG

Bagi Manohara, menjelaskan kepercayaannya bukan perkara mudah. Tetapi dia meminta semua pihak untuk menghormati dan memahami keputusannya. 

Dengan pemberitahuan ini, sudah diketahui Manohara memutuskan untuk memeluk Kristian, tapi sebab sebenarnya dia berbuat demikian tidak diberitahu. Jadi, kepada netizen yang asyik bertanya… nah hadam jawapan Manohara ye.

RUJUKAN : 12

IKLAN