Rasa lapar sangat tapi nak makan takut gemuk… Tidur je la.
Pernah mengantuk dan lapar? Apa kamu lakukan? Tidur atau makan? Tapi kalau makan kemungkinan akan berlaku kenaikan berat badan. Sekiranya kamu memilih untuk terus tidur walhal tengah lapar, terdapat beberapa perkara yang boleh berlaku pada tubuh kamu.
Tidur dalam keadaan lapar boleh menjejaskan tubuh. Walaubagaimanapun, makan terlalu banyak sebelum tidur juga bukan merupakan pilihan terbaik. Jadi, perhatikan makanan yang kamu ambil sebelum tidur dan makan beberapa jam sebelum.
Sebelum kamu tidur, ketahui perkara buruk yang bakal berlaku kelak;
Kamu akan kekurangan tidur
Sekiranya kamu memilih untuk tidur ketika lapar, kamu sebenarnya tidak mendapatkan ‘beauty sleep’ dan kamu masih mengalami kekurangan tidur. Rasa lapar akan tetap memberi alarm pada otak menyebabkan tidur tidak nyenyak. Hal itu menyebabkan masa tidur anda berkurang. Kurang tidur akan memberi kesan pada kualiti tidur dan aktiviti pada hari berikut.
Kamu mudah marah
Mood swing kerana lapar? Ya, itu memang boleh berlaku. Begitu juga, jika kamu tidur ketika lapar dan tidak sarapan pagi, kamu boleh marah dengan mudah. Kajian University of Cambridge mendapati tahap serotonin (salah satu daripada hormon yang mempengaruhi perasaan) mula berubah ketika orang lapar. Akibatnya, otak sukar untuk mengawal kemarahan.
Tak bertenaga
Sekiranya kamu tidak makan, kamu tidak mempunyai ‘tenaga’ untuk kekal aktif sepanjang hari. Ia sangat penting untuk berada dalam mood yang baik pada maktu pagi kerana kita perlu bekerja dan otak kita perlu aktif.
Kajian mendapati banyak banyak kesan sampingan kelaparan boleh membahayakan, seperti keletihan dan kemurungan. Jadi sebaiknya makan makanan yang mengandungi protein atau serat beberapa jam sebelum waktu tidur, ia boleh membantu kamu menjadi lebih segar dan bertenaga.
Boleh naik berat badan
Jika kamu menganggap tidur dan biarkan perut lapar pada waktu malam boleh menurunkan berat badan, fikir semula. Tidur dalam keadaan kelaparan boleh meningkatkan berat badan, satu perkara yang kamu tidak tahu. Hal ini kerana apabila lapar pada waktu malam, kamu mungkin melepaskan kelaparan apabila bangun.
Ini berkaitan dengan paras gula dalam badan. Kamu kemungkinan sukar untuk mengawal selera makan ketika lapar. Hasilnya, makanan tidak dikawal dan berlakunya kenaikan berat badan.
Kesimpulannya, kamu ambil makanan yang sihat beberapa jam sebelum tidur. Selamat Beramal!