“Eh tengok tu, buruknya fesyen dia lepas tu nampak murah je pakaian yang dia pakai tu”
Penulis rasa hampir semua orang pernah mendapat komen seperti ini bukan? Lagi-lagi apabila keluar berlibur, ada saja mata-mata yang memandang atas bawah dan melihat penampilan diri kita.
Tapi masalahnya, di mata kita pilihan fesyen yang kita pilih rasa macam dah betul dan sesuai ikut citarasa. Jadi di manakah silapnya? Ikuti penulis menyelongkar jenis-jenis fesyen yang membuatkan penampilan kamu kelihatan murah dan elakkan untuk melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang!
#1 Terlalu Banyak Glitter, Sah-Sah Nampak Murah!
Bagi yang berminat dengan glitter yang blink-blink tu, mohon jangan pilih pakaian yang terlalu glitter. Kerana glitter yang terlalu banyak, akan memberi kesan yang sebaliknya terhadap gaya fesyen kamu. Mungkin kamu rasanya ianya biasa saja, tapi kena tengok juga penampilan yang kamu ingin bawa semasa menghadiri majlis atau acara rasmi.
Kalau kamu ingin ke majlis-majlis seperti itu, sah-sah pakaian yang ada glitter, kena out dari list kamu!
#2 Over Lah Saiz Baju Tu, Tak Sesuai
Siapa sini favourite dia suka pakai baju yang oversized? Apa yang dimaksudkan dengan baju yang oversized di sini adalah, kamu memakai baju yang tidak sepadan dengan ukuran tubuh badan kamu sendiri! Mungkin kamu terpengaruh dengan fesyen Billy Eilish yang gemar memakai baju oversized, jadi kamu pun ikut nak pakai macam tu.
Bukan semua pakaian sesuai untuk kamu guna konsep fesyen oversized seperti itu. Bayangkan kamu pakai gaun yang bersaiz besar, padahal tubuh kamu tidak begitu berisi. Comfirmlah orang tengok fesyen kamu kelihatan fesyen murah dan tak sesuai langsung dengan gaya! Jadi elakkanlah ya, pakai fesyen gaya gitu.
#3 Tak Perlu Kot Pakai Aksesori Handmade
Kalau kamu seorang yang pentingkan penampilan dan status, elakkan menggunakan aksesori buatan tangan untuk digandingkan bersama penampilan kamu. Sekilas pandang orang dah tahu aksesori yang kamu pakai tu murah dan buatan tangan.
Sebaiknya, melabur sedikit dalam barang perhiasan seperti barang kemas, aksesori dari silver atau jed merupakan aksesori terbaik bagi menunjukan kamu seorang yang punya status dan memiliki citarasa yang tinggi dan mewah.
Tambahan lagi, aksesori seperti ini lebih tahan lama dari aksesori buatan tangan yang perlu kamu berbelanja banyak kali jika rosak.
#4 Please Pilih Kasut Ikut Penampilan, Okay!
Kesilapan ini sering berlaku pada newbie yang baru belajar bertatarias, ramai yang sangka semua jenis kasut sesuai dengan fesyen baju yang mereka gayakan. Jika kamu fkir begitu, sila reset mindset kamu!
Tahu tak jika kasut yang kamu pakai itu tidak sesuai dengan fesyen yang kamu bawa, ia juga memberi gambaran fesyen kamu nampak murah dan tidak reti berfesyen langsung.
Jika kamu tidak pasti jenis kasut yang macam mana sesuai dengan penampilan yang kamu pilih, kamu boleh rujuk blog fesyen atau dapatkan pandangan pakar di internet dan jika kamu nak cari cara yang lebih mudah, lihat saja model yang mengenakan gaya fesyen yang sama seperti kamu.
#5 Fabrik Luntur, Padahal Baru Beli!
Pernah tak, baju baru yang kamu baru saja pakai beberapa kali kelihatan luntur selepas basuh. Jika ya, itu tandanya fabrik baju atau seluar yang kamu pilih tidak bagus dan menyebabkan penampilan kamu kelihatan murah dan tidak tahu berfesyen.
Situasi ini boleh terjadi pada sesiapa saja, oleh itu lihat dahulu kualiti pakaian sebelum beli. Kalau tidak rugi saja, duit lebur dan pakaian kamu pula kelihatan seperti baju murah yang dibeli di pasar malam.
Bonus
#6 Sudahlah Beg Tu Buruk, Tak Ada Jenama Pula Tu
Okay mungkin beg berjenama bolehlah kita tolak tepi sebab bukan semua orang mampu beli beg berjenama sebegitukan? Tapi lain pula ceita apabila kamu memilih beg yang sah-sah tidak mempunyai reka bentuk yang cantik dan warna pula kusam serta luntur. Comfirm nampak fesyen kamu tak seberapa sangat.
Jadi nak pakai beg pun kena tengok juga beg tu macam mana, dan fesyen macam mana pula kamu ingin bawa apabila keluar. Jangan pula keluar pakai dress labuh yang cantik, dicacatkan pula dengan beg tote yang besar! Serius tak sesuai.