Semua orang sangka bekerja di bawah selebriti ternama, semuanya indah-indah belaka. Ternyata sangkaan itu tidak benar!
Bekas pembantu peribadi Kylie Jenner, Victoria Villarroel berkongsi pengalaman dirinya bekerja bersama Jenner Communication sebagai pembantu peribadi Kylie, bukanlah tugas yang mudah seperti yang disangkakan.
Victoria Villarroel merupakan pelajar jurusan komunikasi visual di Fashion Institute Of Design And Merchandising, Los Angeles. Boleh dikatakan perjalanan kerjaya Victoria agak lancar, dirinya memohon untuk menjadi pelatih industri di Jenner Communication dan tidak lama kemudian, dirinya dipanggil untuk temuduga.
Pengalaman Victoria ‘Jaga’ Kylie, Bukan Mudah!
Menurut Victoria, mereka (Jenner Communication) bukan saja melihat resumenya malah mereka juga melihat perwatakan Victoria sebelum menerimanya sebagai pelatih. Selepas diterima bekerja, Victori ditugaskan untuk memastikan tempat sesi fotografi dalam keadaan baik.
Jangan ingat tugas seperti itu sangat mudah, kerana dirinya perlu memastikan juga posisi kamera berada pada sudut yang betul!
Setelah tamat bekerja sebagai latihan industri di Jenner Communication, Victoria menghabiskan masa setahun di Spain sebelum pulang ke Los Angeles. Dan kali ini Victoria kembali ke Jenner Communication sebagai pekerja sepenuh masa sebagai pengurus.
Tugas yang dipegangnya semakin berat dan banyak, Victoria perlu memastikan keadaan pejabat bersih, barang keperluan mencukupi, menjawab panggilan telefon dan mengadakan mesyuarat. Kemudian datang pula tawaran baru, di mana Kylie menyatakan dirinya memerlukan pembantu peribadi dan merasakan Victoria adalah calon terbaik bagi menggalas tanggungjawab tersebut.
Menurut Victoria, sepanjang menjadi pembantu peribadi mekap mogul terkenal ini ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tugas menjadi pembantu, Victoria harus bersedia menerima panggilan Kylie 24 jam seminggu!
Bukan itu saja, bekerja sebagai pembantu peribadi bagi keluarga selebriti terkenal ini, Victoria perlu tahu menjaga rahsia ke semua ahli keluarga majikannya. Selain itu, Victoria juga perlu mengurus rumah agam milik Kylie dengan baik, perlu memastikan bekalan makanan mencukupi dan semua kelihatan sempurna.
Bukan itu saja, Victoria juga harus membuat tempahan untuk sesi manicure dan spray tank yang memang Kylie guna setiap kali ingin menghadiri majlis. Tambahan lagi, Victoria juga harus pandai bekerjasama dengan jurumekap, juru rias dan perunding imej apabila Kylie perlu menghadiri sesuatu majlis atau acara.
Fakta Menarik Sebagai Pembantu Peribadi Kylie Jenner
- Kena pandai jaga rahsia
- Harus menjaga rumah agam Kylie dan memastikan segala keperluan mencukupi
- Harus bijak bekerjasama bersama jurumekap, juru rias dan perunding imej artis
- Mengatur jadual peribadi Kylie
- Harus menjawab panggilan
- Wajib sediakan smoothie setiap hari pada waktu pagi dan kena tahu apa smoothie kegemaran Kylie
- Apabila membelikan air minuman untuk Kylie, pastikan tangan tidak menyentuh straw minuman tersebut. Kalau tidak, sila ganti straw yang baru
- Kena multitasking menguruskan segala hal kerja dan kehidupan peribadi kylie dan keluarganya
- Harus on call 24 jam, seminggu!
Setelah lima tahun Victoria bekerja sebagai pembantu peribadi, dirinya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi influencer seperti Kylie!
Bagi yang ingat tugas menjadi pembantu peribadi artis atau mana-mana orang ternama ni mudah, fikir semula!