Seperti sedia maklum, industri K-Pop yang toksik tidak membenarkan selebriti Korea Selatan untuk berpacaran secara terbuka. Tapi ‘silent rules’ seperti itu, tidak memberi apa-apa makna kepada sesetengah pasangan yang berani mati menunjukan hubungan mereka secara terang-terangan di mata umum!
Nak tahu siapakah pasangan hebat ini, check senarainya di bawah!
#1 Super Junior Heechul & TWICE Momo
Tahun 2020 merupakan kick start berita gembira, buat pasangan selebriti Super Junior Heechul dan juga TWICE Momo. Pada 2 Januari 2020 lalu, Heechul dan Momo telah mengumumkan bahawa mereka berdua sedang bercinta dan hubungan tersebut di sokong oleh kedua-dua syarikat agensi mereka tersebut iaitu Label SJ dan JYP Entertainment.
Mereka berdua sebelum sekadar berhubungan sebagai “senior dan junior” dan lama kelamaan, hubungan mereka berdua bertukar menjadi serius. Meski jarak umur sebanyak 13 tahun, tetapi ia tidak menjadi halangan untuk mereka berpacaran secara terang-terangan!
#2 Hyuna & E’Dawn
Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Korea Selatan, Hyuna dan E’Dawn. Mereka berdua merupakan pasangan selebriti yang jelas-jelas tidak takut mahupun segan untuk menunjukan hubungan mereka secara umum.
Pasangan sama padan ini telah mula bercinta sejak mereka masih lagi menjadi trainee lagi dan sehingga kini hubungan mereka masih kekal utuh serta saling memberi sokongan antara satu sama yang lain.
Baca : Kesian Hyuna Kena Tendang Syarikat Hanya Kerana Bercinta Dengan Idol Muda
Sepanjang perjalanan hubungan mereka pelbagai tentangan, cabaran dan halangan telah dihadapi, tetapi mereka berjaya mengharunginya bersama. Serius respect!
#3 Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin
Antara pasangan yang mendapat ‘restu’ peminat seluruh dunia adalah Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin. Seperti yang sedia maklum pasangan sejoli ini mula bertemu buat kali pertama di dalam program variety show Running Man pada tahun 2016.
Cinta yang berputik pada pandang pertama itu, membuahkan hasil apabila pada akhir tahun 2018, mereka mengumumkan bahawa mereka sedang bercinta.
Apa yang membuatkan mereka berdua tidak mahu sembunyikan hubungan seperti mana pasangan selebriti lain sering lakukan adalah kerana mereka tidak mahu berbohong! Semoga hubungan mereka berdua akan terus berkekalan.
#4 Girl Generation Sooyoung & Jung Kyung Ho
‘Hubungan cinta sang veteran’, itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan hubungan percintaan antara ahli kumpulan Girl Generation, Sooyoung dan aktor Jung Kyung Ho. Mereka berdua mula mengumumkan hubungan kepada umum pada tahun 2012 dan kini telah lapan tahun hubungan mereka berdua terjalin.
Sooyoung pernah berkongsi rahsia hubungan mereka kekal kuat dan utuh meski berada dalam industri yang sukar ini, adalah perwatakan dan personaliti yang easy going merupakan salah satu faktor hubungan mereka masih kekal bertahan serta saling memberi sokongan antara satu sama yang lain.
#5 MBLAQ G.O & Choi Ye Seul
Pada tahun 2018, anggota kumpulan MBLAQ, G.O mengumumkan bahawa dirinya dan aktres Choi Ye Seul sedang bercinta dan berkongsi perasaan gembiranya menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya bahawa dirinya sangat sukar untuk menemui seseorang yang dapat menerima dirinya yang sebenar.
Tetapi semua itu mula berubah, apabila G.O menemui Ye Seul yang mampu menerima siapa dirinya yang sebenar. Dan pada tahun 2019, mereka berdua mengumumkan untuk tinggal bersama setelah mendapat restu dari kedua-dua ibu bapa mereka.
Kemudian pada bulan September 2019, mereka berdua mengumumkan telah sah bergelar sebagai suami isteri dengan mengadakan sebuah majlis perkahwinan tertutup yang di hadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.
Bonus
#6 FT Island Minhwan & Yulhee
Satu lagi pasangan yang ideal dan berani! FT Island, Minhwan dan Yulhee mula mengumumkan hubungan mereka pada tahun 2017 dan selepas setahun bercinta mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada bulan Oktober 2018.
Tidak lama kemudian, pasangan sama padan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel dan pada bulan Ogos 2019 Minhwan dan Yulhee berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menerima cahaya mata kembar!
Nampaknya kehidupan pasangan selebriti ini semakin bahagia dengan keluarga kecil mereka. Dan apa yang mengagumkan penulis adalah, mereka adalah pasangan selebriti muda yang sangat komitmen, setia dan saling memberi sokongan antara satu sama yang lain.
Ini baru betul, berkawan sehingga ke jinjang pelamin!
Kepada peminat yang tidak merestui idol kesayangan bercinta, silalah membuat temu janji dengan doktor… maybe something wrong with your brain! Sorry…