Wanita moden masa kini, semakin bijak mengenakan gaya penampilan diri seiring mengikut keperluan syarak dalam Islam dengan mengenakan hijab walau dalam apa jua bidang pekerjaan di Malaysia.
Menariknya jenama hijab JIMMYSCARVES milik Azim Mat Noor atau lebih mesra dikenali sebagai Jimmy ini, menghasilkan hijab bagi memenuhi keperluan serta kehendak wanita masa kini dengan sentuhan rekaan yang elegan, chic dan juga minimalis.
Jenama JIMMYSCARVES ini menampilkan seleksi dari tudung instant labuh, tudung bawal, tudung instant bercetak, shawl, anak tudung dan juga aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung instant dan juga tudung bawal.
Shawl, tudung bawal mahupun tudung instant JIMMYSCARVES, di reka khas untuk wanita moden masa kini. Hijab yang penuh stail berserta dengan ukuran yang terletak cantik apabila di pakai, menjadikan jenama hijab JIMMYSCARVES mula mendapat perhatian ramai.
Selain itu, JIMMYSCARVES juga mengajar newbie-newbie yang berjinak-jinak ingin belajar memakai shawl, menerusi video tutorial yang dikongsi di akaun Instagram mereka. Cara nak pakai shawl ni senang je sebenarnya, tak percaya tengok video tutorial ni.
https://www.instagram.com/p/B8iZEdNnpY1/
Kini jenama JIMMYSCARVES memiliki kedai fizikal yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan tidak lama lagi terdapat dua lagi cawangan baru yang bakal dibuka di Bangi dan juga Shah Alam.
Jenama JIMMYSCARVES yang pada awalnya dibuka di Instagram kini, memiliki laman sesawang sendiri bagi memudahkan pelanggan untuk membeli tudung mahupun shawl kegemaran dengan mudah dan cepat.
Bagi yang berminat untuk memiliki tudung instant atau shawl JIMMYSCARVES, kamu boleh layari laman web JIMMYSCARVE dan lihat sendiri pelbagai koleksi hijab yang istimewa dengan harga yang berpatutan!