IKLAN
Fesyen

Kombinasi “Black & Gold”, BLACKPINK Lisa Jadi Fokus Di Pertunjukan Fesyen PRADA

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kombinasi “Black & Gold”, BLACKPINK Lisa Jadi Fokus Di Pertunjukan Fesyen PRADA

“Saya baru saja mewarnakan rambut saya dengan warna hitam dan saya ingin kelihatan berbeza” – Lisa

IKLAN

Baru-baru ini BLACKPINK Lisa menghadiri pertunjukan fesyen PRADA bagi koleksi WomenWear FW20 di Minggu Fesyen Milan 2020. Lisa yang kini telah menjadi fesyen ikon antarabangsa, berjaya memukau pandangan mata semua yang hadir ke pertunjukan fesyen tersebut dengan kombinasi elegan hitam dan emas.

Lisa dilihat telah mewarnakan semula rambutnya yang panjang itu, kepada warna hitam dan dipadankan dengan busana jaket dan skirt kulit A-line yang berwarna kuning keemasan.

Manakala aksesori pula Lisa memilih gaya minimalis iaitu tas tangan kulit dengan warna kuning keemasan berserta kasut dan stokin hitam dari jenama Itali. Serius cantik!

Kombinasi ini hebat ini membuatkan pandangan mata tidak berkerdip melihat setiap langkah Lisa, semasa dirinya menghadiri pertunjukan fesyen PRADA di Minggu Fesyen Milan 2020.

Jika perasan, apa saja yang digayakan oleh Lisa sangat sesuai dengan diri, seolah-olah Lisa memang dilahirkan untuk menjadi ikon fesyen!

IKLAN

Wajah ayu Lisa berserta dengan imej barunya ini, menarik perhatian ramai pereka fesyen, fesyenista, selebriti dan sudah tentunya peminat Lisa sendiri. Sumpah lawa si Lisa ni!

Foto – via Blackpink Update/Arkib Wanista

Sebelum ini, Lisa juga mengayakan busana yang sama untuk sesi fotografi bagi majalah ELLE Korea keluaran Februari 2020 dengan kolaborasi bersama PRADA.

Foto – Blackpink Update/Arkib Wanista
Foto – via Blackpink Update/Arkib Wanista

Nampaknya tahun ini kombinasi warna hitam dan emas adalah tema fesyen Lisa BLACKPINK! Dan tema warna pilihannya tidak pernah salah, malah ia akan menjadi trending dalam dunia fesyen tahun ini. Comfirm!

Maklumat Item Fesyen PRADA Yang Digayakan BLACKPINK Lisa

  • Laminated Nappa Leather Jacket: $3,800 ***(RM15,931)
  • Laminated Nappa Leather Skirt: $2,250 ***(RM9,433)
  • Mesh and Satin Clutch: $1,100 ***(RM4,611)
  • Leather Square Toe Pumps: $850  ***(RM3,563)

*** Harga Malaysia mungkin lebih tinggi setelah cukai

Foto – Arkib Wanista

From top to toe, semua item jenama PRADA yang dipakai oleh Lisa vogue gila! Jelesnya tengok Lisa BLACKPINK ni, cantik sangat-sangat.

Rujukan: 1, 2, 3