Larry Tesler saintis pencipta rekaan interface fungsi “Cut – Copy – Paste” komputer, meninggal dunia pada usia 74 tahun kelmarin pada hari Rabu, 19 Februari 2020. Berita kematiannya itu diumumkan oleh Xerox di laman Twitter syarikat gergasi itu baru-baru ini.
Saintis hebat ini, merupakan lepasan graduan dari Stanfort University di California. Larry mengambil jurusan dalam komputer sains dan merupakan pakar dalam bidang interaksi komputer-manusia.
Sepanjang hidup genius IT ini, dirinya telah berkhidmat dalam beberapa syarikat gergasi terbesar dunia seperti Xerox Palo Alto Research Center (PARC), Apple, Amazon, Yahoo dan 23andMe.
Perjalanan Kerjaya Saintis Genius “Cut-Copy-Paste”
Perjalanan kerjaya genius teknologi ini bermula di syarikat Xerox Palo Alto Research Center pada tahun 1970, pada ketika itu Larry telah mula menghasilkan demo fungsi “Cut-Copy-Paste”. Kemudian pada tahun 1979 Larry berhenti berkhidmat untuk Xerox kerana di jemput oleh Steve Jobs untuk menyertai syarikat teknologinya iaitu Apple.
Saintis jurusan komputer sains ini mula berkhidmat di syarikat Apple pada tahun 1980 dan menghabiskan masa selama 17 tahun di sana sehingga berjaya menjawat jawatan sebagai Ketua Saintis di syarikat teknologi gergasi Apple.
Setelah hampir dua dekad di Apple, Larry meninggalkan Apple pada tahun 1997 dan mula berkhidmat sebagai naib presiden di Amazon pada tahun 2001. Selepas itu, Larry berkhidmat pula di Yahoo pada tahun 2005 sebagai ketua rekaan pengalaman pengguna dan penyelidikan.
Namun, perjalanan Larry tidak berhenti di situ, sang genius IT ini kemudian membuat keputusan untuk berkhidmat pula di syarikat 23andMe pada tahun 2008.
Larry berkhidmat selama setahun di syarikat 23andMe dan pada tahun 2009 Larry meninggalkan syarikat tersebut dan kemudian berkhidmat sebagai konsultan sebagai kerjaya terakhir dirinya. Ini adalah sejarah perjalanan kerjayanya sebagai saintis dalam bidang sains komputer dan pakar interaksi-komputer-manusia.
Tanpa hasil kerja genius Larry, kita semua tidak akan menikmati kemudahan menggunakan komputer dan menyiapkan segala tugasan dengan fungsi-fungsi yang dicipta oleh Larry.
Selain fungsi “Cut-Copy-Paste”, Larry juga salah satu saintis dalam menghasilkan kunci software Macintosh seperti QuickTime, AppleScript dan HyperCard Bill Atkinson.
Fakta Menarik Si Genius IT
- Dilahirkan di Bronx, New York pada tahun 1945.
- Pernah berkhidmat dalam lima syarikat teknologi gergasi yang terkenal seperti Xerox Palo Alto Research Center (PARC), Apple, Amazon, Yahoo dan 23andMe.
- Merupakan saintis dalam bidang interaksi-komputer-manusia selama 50 tahun (1970 – 2020)
- Pencipta fungsi dalam komputer seperti cut, copy, paste, find, replace dan banyak lagi
- Salah seorang pencipta kursor tetikus GUI atau dikenali sebagai Gypsy sejenis interface klik dan taip.
- Pakar dalam bidang rekaan interface dan menjadikan sistem komputer mesra pengguna
- Salah seorang saintis yang menghasilkan software Macintosh seperti QuickTime, AppleScript dan software Bill Atkinson iaitu HyperCard
Terima kasih Larry Tesler, tanpa usaha kerasmu dalam bidang teknologi, kami semua tidak dapat menikmati kemudahan yang ada seperti hari ini.
#RIPLarryTesler #ITGenius