IKLAN
Fesyen

Kalah Priyanka Chopra! 9 Fesyen Karpet Merah Deepika Padukone Serius Cantik

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Kalah Priyanka Chopra! 9 Fesyen Karpet Merah Deepika Padukone Serius Cantik

Bila bercakap tentang fesyen selebriti Bollywood, kita tidak dapat lari daripada fesyen aktres cantik manis Deepika Padukone. Dia adalah Queen! Deepika bukan sekadar pro dalam memainkan trend terbaru, tetapi juga bijak menyuai padan sehingga membuatkan ia menarik di mata netizen.

IKLAN

Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini tahu cara yang betul untuk berpakaian dengan baik dan menjadi tumpuan lensa di mana sahaja berada. Kita ambil contoh fesyennya di Festival Cannes baru-baru ini sehingga dipilih sebagai “best dressed” oleh Majalah Vogue. Tidak hanya karpet merah atau promosi filem, malah apabila gaya kasual atau fesyen lapangan terbang, Deepika Padukone sentiasa mewah bergaya.

Baca : Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019

10 Momen Deepika Di Karpet Merah Pukau Netizen

#1 Deepika menyarung gaun tulle hot pink rekaan Ashi Studio. Gaun gah tersebut menjadi tular kerana reka bentuk persis rama-rama.

Foto – Pinterest

#2 Kombinasi hijau daun pisang bersama turban peach cukup manis sekali. Kali ini, Deepika mengenakan gaun gemerlapan rekaan pereka Giambattista Valli ketika hadrian diri ke Cannes 2019.

Foto – Pinterest

#3 Favorite! Deepika Padukone kelihatan cukup menawan dalam gaun berbulu rona ungu rekaan pereka India Gaurav Gupta. Dia padankan dengan veil panjang juga dari warna yang sama. Yang cantik gaun tersebut mengikut ukuran badan Deepika yang curvy, menyerlahkan lagi penampilannya.

Foto – Harper Bazaar

#4 Gaun ala Barbie merah jambu muda direka istimewa untuknya dari Zac Posen. Highlight untuk dandanan rambut yang disanggul tinggi ala beehive dan solekan glamor yang memukau.

Foto – Getty

#5 Nampaknya Deepika cukup menggemari fabrik tulle. Di Filem Festival Mumbai 2019, Deepika menyarung gaun dramatik kombinasi warna merah jambu dan hitam dari rekaan Giambattista Valli.

Foto – Harper Bazaar

#6 Kalau Giambattista Valli terkenal dengan tulle, Zuhair Murad pula selesa dengan fabrik lace. Deepika cantik manis dalam dress meleret yang seksi dengan belahan di dada ketika hadirkan diri ke Filem Festival Cannes 2018.

Foto – Getty

#7 Bagaikan wanita bangsawan Deepika tampil berseri dalam persalinan tradisional sari rekaan Rohit Bal. Rambutnya pula didandan sanggul, cukup manis dan ayu.

Foto – Getty

#8 Merah garang Deepika dalam sarungan dress Prabal Gurung yang dipakai di Met Gala 2018. Disesuaikan dengan gincu dan tumit tinggi dari warna yang sama.

Foto – Getty

#9 Satu lagi look cukup dramatik. Kali ini, Deepika menyarung gaun hitam putih dengan bow besar di depan, solekan winged eyeliner dan rambut diikat ponytail tinggi, memang luar biasa.

Foto – IG

Bila dilihat gaya Deepika di karpet merah, memang jauh panggang dari api dengan Priyanka Chopra. Lain betul gaya mereka. Deepika jauh lebih anggun dan cantik mempesona!