Siapa sangka filem adaptasi daripada novel klasik mampu buat Wanista menitiskan air mata!
Bagi Wanista, Filem “Little Women” berjaya menggarap jalan cerita dan mesej yang terdapat dalam novel klasik ini kepada visual (filem). Nampaknya pengarah Greta Gerwig sekali lagi membuktikan bakat arahannya, dalam penghasilan filem adaptasi dari novel klasik ini.
Litte Women Lambang Jiwa Seorang Wanita
Novel “Little Women” hasil tangan penulis Louisa May Alcott ini, penuh dengan nafas-nafas feminism yang kuat. Watak-watak yang terdapat dalam novel, dihidupkan dalam bentuk visual iaitu filem “Little Women” arahan pengarah ternama Greta Gerwig!
Wanista sebenarnya kurang gemar menonton filem yang diadaptasi, kerana khuatir filem tersebut tidak berjaya membawa apa yang terpendam dalam novel secara realiti dan realistik.
Tetapi ternyata telahan Wanista salah, filem ini berjaya mempamerkan mesej feminism, pandangan ideal dan idea wanita semasa zaman muda remaja kepada wanita dewasa yang mengerti erti sebenar ‘wanita’ secara realiti.
Empat Wanita Punya Bakat Besar!
Wanista suka bagaimana filem “Little Women” menampilkan watak heroin iaitu Meg, Jo, Beth dan Amy March dari anak gadis yang nakal kepada wanita yang mempunyai personaliti kuat dan impian diri, meski kehidupan mereka susah.
Meg March merupakan seorang gadis yang cantik dan pada awal filem, Meg dilihat sedang bersiap untuk menghadiri parti bersama adik perempuannya Jo March.
Meg pandai bersosial dan sering menasihati adik-beradiknya terutama Jo March yang merupakan seorang gadis yang tomboi dan bercita-cita ingin menjadi penulis.
Manakala Amy March pula merupakan seorang gadis berjiwa yang besar untuk menjadi pelukis terkenal di Paris dan adik bongsu dalam adik-beradik March iaitu Beth March, merupakan seorang anak gadis yang pemalu dan pendiam tetapi memiliki bakat yang besar dalam bidang muzik.
Adik-beradik March ini mempunyai bakat masing-masing, malah ikatan hubungan kekeluargaan mereka juga sangat kuat dan utuh. Pelbagai ragam serta rencah berjaya dipaparkan dengan lancar dan logik, serius tak menyesal kamu tonton filem ini.
Sinopsis Dan Trailer
“Little Women” merupakan filem adaptasi dari novel yang di tulis oleh Louisa May Alcott yang kemudiannya dihasilkan dalam bentuk filem, di bawah arahan pengarah dan juga penulis terkenal Greta Gerwig.
Kisah fiksyen yang mengisarkan tentang kehidupan empat orang adik-beradik March iaitu Meg, Jo, Amy dan Beth March, yang menjalani kehidupan masing-masing.
Watak Jo March dilakonkan oleh aktres Saoirse Ronan, manakala watak Meg March dilakonkan oleh aktres Emma Watson. Sementara itu, watak Amy March pula dilakonkan oleh Florence Pugh dan watak Beth March pula dilakon oleh Eliza Scanlen.
Perpustakaan Mini, Kini Di GSC!
Jom baca buku di GSC! Sementara menunggu filem bermula, habiskan masa menunggu tersebut dengan membaca buku yang terdapat di rak buku yang disediakan oleh GSC.
Golden Screen Cinema (GSC) telah bekerjasama dengan Friends to Mankind (FtoM) dengan mengadakan kempen The Book Effect ke pawagam GSC terpilih di sekitar Lembah Klang.
Menerusi kempen ini, pihak GSC dan juga Friends to Mankind berharap dapat meluaskan jaringan membaca buku di pawagam, sambil menunggu filem kegemaran kamu bermula. Dengan perpustakaan mini yang berada di pawagam GSC terpilih ini, pengunjung dapat menghabiskan masa menunggu filem dengan membaca buku-buku yang disediakan.
Selain itu, menerusi kempen The Book Effect ini, GSC dan Friends to Mankind juga berharap pengujung dapat menderma buku-buku lama kepada GSC agar dapat memberi peluang kepada orang lain untuk sama-sama membaca buku kegemaran kamu.
Perpustakaan mini yang telah dibuka adalah di GSC 1 Utama, GSC IOI Puchong, GSC MyTOWN, GSC Melawati Mall dan juga GSC Setia City Mall.
Tidak lama lagi, akan lebih banyak lagi perpustakaan mini akan dibuka di cawangan GSC yang lain. Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang kempen The Book Effect ini, kamu boleh ikuti laman Facebook GSC dan laman Facebook Friends to Mankind.