Info Menarik

Puteri Diana Pernah Berniat Bunuh Diri, Ini Kisah Gelapnya…

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Puteri Diana Pernah Berniat Bunuh Diri, Ini Kisah Gelapnya…

Dunia dikejutkan berita pengunduran Putera Harry dan Meghan Markle daripada struktur kanan kerajaan Britain.

IKLAN

Ura-ura mengatakan salah satu punca keputusan itu dilakukan adalah berkaitan dengan isu kesihatan mental. Isu melibatkan kesihatan mental bukanlah perkara baru dalam keluarga diraja. Ia berlaku kepada Diana Spencer atau lebih dikenali dengan panggilan Puteri Diana.

Diana pernah membuat beberapa pengakuan dalam rakaman untuk biografinya. Antara pengakuan yang dibuat adalah dia mengalami tekanan secara emosi disebabkan perkahwinannya, pernah cuba membunuh diri serta menghidapi bulimia.

Foto – Promipool

Terkejutkan? Di depan kaca TV, beliau dilihat cukup mempesona dengan fesyen yang memukau di samping rupa paras menawan dengan solekan ringkas tapi siapa sangka banyak episod duka yang membuatnya makan hati sepanjang menjadi ‘Puteri Diana’.

Berikut pengakuan puteri raja paling menyentuh hati yang diceritakan dalam filem biografi “Diana: Her True Story”.

Kakak Diana Tertarik Dengan Putera Charles

Lady Diana mendakwa kakaknya, Sarah Spencer tertarik dengan Putera Charles.

“Pada masa itu saya berumur 16 tahun dan Charles sering melawat rumah keluarga saya di Althorp. Sarah sangat menyukai Charles pada masa itu. Sara selalu mengikuti ke mana mereka pergi. Dan saya merasakan Charles pasti sangat jengkel dengan kehadiran Sarah.

Diana dan Sarah Spencer. Foto – Getty

“Saya cuba mengekalkan jarak jauh saya (dari mereka) dan saya masih ingat bahawa pada masa itu, saya masih kebudakan, tidak pandai berias, tidak cerdik, tapi bijak berbicara. Ternyata Charles menyukainya, ” terang Puteri Diana.

Hubungan Charles Dan Camilla, Gangguan Bulimia

Bila Diana mengetahui hubungan Charles dengan Camilla Bowles, lama sebelum mereka berkahwin, Diana memutuskan untuk mengabaikan perkara itu. Walau bagaimanapun, menurut pengakuan Diana, keputusan untuk mengabaikannya sebenarnya mempunyai kesan besar.

IKLAN
Charles dan Camilla di usia muda. Foto – Getty

“Semua perkara ini (perkahwinan dengan Charles dan masalah Camilla) membuat saya mengalami bulimia,” kata Diana.

Bulimia, adalah satu gangguan pemakanan. Ia akan menyebabkan seseorang individu untuk makan dengan banyak dan sukar berhenti. Dalam masa yang sama, akibat takut mengalami perubahan bentuk badan, individu tersebut akan cuba memuntahkan kembali apa yang dimakan. Umumnya, keadaan ini akan terjadi berulang kali.

“Bulimia yang saya alami bermula seminggu selepas kami bertunang. Kata-kata Charles “kamu gemuk” setiap kali melihat cara saya makan telah mencetuskan sesuatu dalam diri saya. Sejak itu saya sering membuat diri saya sakit supaya saya dapat kurus dan saya gembira melakukan itu semua,” katanya.

Charles dan Diana. Foto – Getty

Gangguan diet menjadikan berat badan dan sikap Diana berubah dengan drastik. 

“Saya masih ingat ketika  saya mencuba gaun pengantin buat kali pertama, pada masa itu saiz saya ialah 29. Selepas mengalami bulimia, badan dan saiz pakaian terus menurun ke 23.5,” jelasnya lagi.

Walaupun hamil anak pertama, Diana masih mengalami gangguan makanan.

Berniat Bunuh Diri

Pada bulan Oktober 1981, tahun Diana berkahwin dengan Charles. Ibu kepada William dan Harry mendakwa bahawa hasrat untuk membunuh diri telah terlintas di fikirannya.

“Saya mahu mengelar pergelangan tangan saya. Saya mendapat bantuan, berjumpa psikiatri, menjalani rawatan, saya berasa sangat sakit, saya tidak boleh tidur, saya tidak makan, dan rasa dunia menghempap diri saya.

Diana bersama William dan Harry. Foto – History Extra

Pada masa itu, ramai pakar psikiatri bergilir memberi diagnosis perubatan kepadanya.

“Ada di antara mereka mencadangkan saya mengambil Valium (ubat penenang) dan pelbagai pil. Tetapi sebenarnya yang saya perlukan hanyalah masa untuk menerima keadaan yang berlaku,” kata Diana.

Gaya Rambut Pendek Mengubah Segalanya

Pada musim panas tahun 1990, Sam McKnight, pendandan rambut Diana, memberikan Diana satu potongan gaya baru. Potongan yang mencetuskan satu fenomena luar biasa dan ikonik sehingga ke hari ini.

Potongan pendek berlaku di tengah-tengah kemelut bulimia dan rumah tangga yang melanda Diana. Walau bagaimanapun, untuk Princess of Wales, gaya rambut memberikan semangat baru untuk hidup.

Sam McKnight, pendandan rambut Lady Diana. Foto – Getty

“Saya tiba-tiba berasa kuat, mental dan fizikal,” katanya menjelaskan bahawa kali pertama dia mempunyai rambut pendek.

Selain Charles, lihat lelaki yang pernah bertakhta di hati –Individu Lelaki Yang Pernah Dikaitkan Dengan Puteri Diana. Siapa Mereka?

RUJUKAN : 123