Hari Kekasih yang menjadi tarikh keramat buat pasangan kekasih di seluruh dunia, merupakan hari yang tragik buat Harry Styles. Bekas ahli kumpulan One Direction ini dilaporkan di ugut menggunakan pisau pada lewat tengah malam pada hari Jumaat, 14 Februari 2020 di Hampstead, Utara London.
Menurut anggota polis, penyanyi tersebut selamat dan tidak di apa-apakan selepas menyerahkan sejumlah wang tunai kepada peragut tersebut.
Peragut tersebut merupakan seorang lelaki dalam lingkungan 20an dan buat masa ini tiada sebarang penangkapan dilakukan.
Bekas Teman Wanita Bunuh Diri
Kemudian pada hari Sabtu 15 Februari 2020, Harry di kejutkan dengan berita kematian bekas teman wanitanya Caroline Flack.
Caroline ditemui membunuh diri di kediamannya yang terletak di Stoke Newington, sementara menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menyerang teman lelakinya Lewis Burton.
Kematian Caroline yang berlaku secara mengejut ini, membuatkan netizen termasuk para selebriti berkongsi post yang pernah di muatnaik oleh Carolina sebelum ini.
“In a world where you can be anything, be kind” – Carolina Flack
Ramai selebriti termasuk teman lelakinya Lewis turut berkongsi mesej terakhir tersebut di Instagram. Manakala jenama fesyen terkenal InTheStyle, telah mencetak mesej tersebut pada baju kemeja-t dan hasil jualan tersebut akan didermakan pada Mental Health Charity Mind.
Riben Hitam Tanda Harry Mengenang Caroline
Selepas hampir seminggu tragedi hitam dirinya di ragut dan mendapat berita bahawa beberapa jam dirinya diragut, bekas teman wanitanya ditemui mati kerana membunuh diri.
Dan kini Harry muncul buat pertama kali di karpet merah dalam majlis Anugerah BRIT, selepas di calon sebagai Artis Lelaki British Terbaik dan Album British Terbaik.
Oh hey, @Harry_Styles š #BRITs
See all the red carpet looks here: https://t.co/dU3fDennuo pic.twitter.com/HnOHI7bDRl
— billboard (@billboard) February 18, 2020
Harry yang berjalan di karpet merah sambil menggayakan sut berwarna maroon gelap tersebut, di lihat terdapat reben kecil berwarna hitam telah dipinkan pada sut tersebut. Reben hitam tersebut adalah tanda Harry mengenang pemergian bekas teman wanitanya itu.
Terdahulu, Harry dan Carolina telah menjalin hubungan yang singkat selama tiga bulan pada tahun 2011 sebelum berpisah.