IKLAN
Kembara

Korang Nak Bercuti Di Maldives Kena Ikut ‘Peraturan’, Kalau Tak..

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Korang Nak Bercuti Di Maldives Kena Ikut ‘Peraturan’, Kalau Tak..

Ada yang merancang ingin bercuti ke pulau Maldives pada tahun ni? Kalau ada, penulis nak pesan sikit dekat kamu yang bakal pergi bercuti ke sana.

IKLAN

Bagi yang ingin atau telah merancang jadual perjalanan untuk bercuti ke pulau Maldives yang memiliki majoriti penduduknya adalah Islam ini, terdapat beberapa peraturan atau undang-undang yang harus kamu ikuti dan hormati apabila bercuti di sana.

Ini adalah antara peraturan yang kamu harus patuhi apabila berada di sana.

Foto – Arkib Wanista

#1 Tak Boleh Tunjuk ‘Aksi Kemesraan’ Secara Umum

Kalau kamu merancang untuk ‘honemoon’ ke Maldives, kamu dan pasangan harus jaga tingkah laku serta kurangkan aksi kemesraan di khalayak ramai kerana penduduk di pulau tersebut kurang senang dengan aksi perlakuan sebegitu.

Jadi hati-hati, jangan pamerkan hubungan intim kamu secara umum, nanti tak pasal-pasal kena soal siasat dengan pihak berkuasa sana pula.

Foto – Arkib Wanista

#2 Pemakaian Bikini Terhad Di Resort & Kapal Persiaran

Hah, bagi yang ingin berbikini di sana kamu kena fikir banyak kali ya. Kerana pemakaian bikini di pulau berkenaan akan di anggap tidak menghormati sosial budaya penduduk di sana. Jadi bagi yang ingin pakai juga bikini, kamu hanya boleh pakai di resort penginapan kamu atau di kapal persiaran sahaja.

#3 Tidak Di Benarkan Bawa Barang Larangan

Selain itu, kamu juga tidak dibenarkan membawa barang larangan seperti daging babi, minuman beralkohol, anjing, rokok dan dadah. Jika kamu di tangkap menyeludup dan membawa masuk barang-barang berkenaan di pulau tersebut, kamu akan di kenakan tindakan undang-undang.

Foto – Arkib Wanista

#4 Tidak Dibenarkan Memegang Terumbu Karang

Apabila kamu melakukan aktiviti menyelam di sana, pastikan kamu tidak menyentuh terumbu karang di laut Maldives terutama terumbu karang berwarna merah jambu!

Penduduk Maldives sangat menjaga ekosistem laut mereka, jadi berhati-hati ketika menyelam dan pastikan kamu tidak ‘gatal tangan’ pula apabila nampak terumbu laut yang cantik-cantik tu.

IKLAN

#5 Di Larang Membeli Atau Menjual Terumbu Karang Atau Cengkerang Penyu

Di Maldives terumbu karang berwarna hitam dan juga cengkerang penyu adalah antara spesis yang terancam di Maldives.

Kedua-dua khazanah alam ini di bawah perlindungan kerajaan Malvides, dan jika ada di kalangan pelancong yang membeli atau menjual salah satu khazanah alam ini, mereka akan di soal siasat oleh pihak berkuasa Malvides.

Foto – Arkib Wanista

#6 Di Larang Buang Sampah Di Laut

Kalau dah bercuti di sana, jangan pula kamu buat perangai yang tak senonoh seperti membuang sampah di laut Maldives tu. Serta jika kamu membawa anak-anak untuk bercuti di sana, pastikan kamu memantau dan berpesan kepada anak-anak agar tidak membuang sampah merata-rata dan juga ke dalam laut.

Foto – Arkib Wanista

#7 Pengangkutan Mungkin Akan Lewat Tiba Jika Cuaca Buruk

Dah namanya pulau, maka pengangkutan untuk ke sana adalah menerusi pengangkutan udara dan juga laut, seperti kapal terbang dan kapal persiaran. Jika kamu melancong ke pulau Maldives, kamu harus bersedia dengan segala kemungkinan seperti pengangkutan di sana akan mengalami kelewatan apabila berlaku cuaca buruk.

Maka kamu harus menunggu sehingga cuaca reda, barulah kamu dapat meneruskan perjalanan.

Foto – Arkib Wanista

#8 Tanggalkan Kasut Di Depan Pintu Atau Masjid

Setibanya kamu ke tempat penginapan di pulau Maldives ini, pastikan kamu menanggalkan kasut dan meletakkan kasut kamu dan ahli keluarga kamu di luar pintu. Begitu juga apabila kamu ingin mengunjungi masjid di sana. 

Ini adalah budaya masyarakat Maldives, jadi kamu harus hormati dan ikuti budaya mereka di sana. Seperti peribahasa orang dulu-dudlu “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum”.

Foto – Arkib Wanista

#9 Jaga Adab Dan Tingkah Laku

Paling penting sepanjang kamu bercuti di sana adalah menjaga adab sopan dan santun serta tingkah laku diri, pasangan dan ahli keluarga. Apabila kamu menghormati budaya dan resam masyarakat Maldives, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Dan jika kamu membuat keputusan untuk bercuti semasa bulan Ramadhan ini nanti, pastikan kamu lebih peka dan sensitif serta menghormati budaya penduduk majoriti Islam di sana.

Semoga senarai pesanan ini memberi manfaat untuk kamu.

Selamat bercuti!

Rujukan: 1, 2, 3,