Rumahtangga Bella dan suami sedang bergolak, betul ke ni?
Aktres cantik dan juga usahawan wanita, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dikenali sebagai Bella, kini membuatkan peminatnya tertanya-tanya jika rumahtangga aktres jelita ini sedang di landa badai.
Isu ini timbul apabila Bella menghapuskan ke semua gambar-gambarnya bersama suaminya Engku Emran, di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Gara-gara ‘hilangnya’ gambar-gambar pasangan ini di Instagram, timbul pelbagai spekulasi bahawa rumahtangga mereka berdua sedang bergolak dan ada orang ketiga dalam rumahtangga Bella dan suaminya.
Bagi penulis tiada yang pelik jika Bella membuat keputusan untuk ‘menghilangkan’ gambar-gambarnya dan suami di akaun Instagram miliknya, kerana pada tahun lepas Bella telah membuat pengumuman bahawa dirinya tidak akan memuatnaik gambar-gambar suami di Instagram.
“InsyaAllah ini posting terakhir sama suami, soalnya wanita jaman sekarang suka mau sama yang kita punya. Kalau emang mau mintanya ke Allah ya mba, tante, de hihihi,” tulis Bella dalam postingnya pada bulan September 2019 lalu, kini post tersebut telah di padam.
Sejak itu, banyak khabar angin dan spekulasi tentang rumahtangga Bella dan suaminya menjadi bualan netizen. Kini pada tahun ini Bella mengotakan apa telah dia umumkan pada tahun lepas, ke semua gambar-gambar suaminya telah di padam di akaun Instagramnya.
Antara spekulasi lain yang di ungkap oleh netizen adalah, mungkin Bella mahu mengasingkan kehidupan peribadi dan keluarganya dari tatapan umum di sosial media.
Apa-apa pun segala spekulasi hanyalah spekulasi semata-mata dan hanya tuan badan yang tahu kebenarannya. Sama-sama kita semua mendoakan supaya rumahtangga Bella dan suaminya sentiasa aman damai dan kekal hingga ke JannahNYA, amin!