Untuk rekaan koleksi pakaian dalam musim bunga tahun 2020 pada tahun ini, Monki mengeluarkan koleksi Instant Classic yang merupakan rekaan pakaian dalam dengan elemen klasik dan romantik khas untuk wanita muda di seluruh dunia.
Monki ingin menggalakan lebih ramai wanita muda untuk menggayakan pakaian dalam, dengan elemen klasik dan romantik yang sesuai untuk wanita muda.
Koleksi pakaian dalam yang dipamerkan oleh Monki untuk koleksi musim bunga pada tahun ini, menampilkan warna-warna lembut yang klasik seperti warna biru lembut, warna merah jambu cair, warna putih dan juga warna hitam klasik.
Perincian pada jahitan, renda dan juga jenis fabrik yang di pilih oleh Monki, jelas melambangkan musim bunga yang sedang berputik, sesuai dengan mesej kempen Monki yang ingin menggalakan lebih ramai wanita muda untuk memakai koleksi Instant Classic ini.
Tambahan lagi, rekaan pakaian dalam wanita ini juga menggunakan wayar halus bagi menyokong bentuk payudara serta dalam masa yang sama dapat memberi gaya dan juga keselesaan buat si pemakai.
Jadi bagi wanita yang ingin kelihatan matang dan berkeyakinan tinggi, maka rekaan pakaian dalam dengan gaya klasik dan juga romantik dari Monki Instant Classic ini adalah pilihan terbaik untuk kamu!
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakaian dalam terbaru dari Monki ini, kamu boleh ikuti laman Facebook Monki atau layari laman web Monki dan lihat sendiri pelbagai koleksi Instant Classic yang menarik dan sesuai untuk kamu!