Info Menarik

Sumpah Sama! Wajah Pekerja Kabin Krew Seiras Meghan Markle

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sumpah Sama! Wajah Pekerja Kabin Krew Seiras Meghan Markle

Wanita dari Amerika Syarikat ini sering menjadi perhatian orang ramai, gara-gara memiliki wajah yang sangat seiras dengan Meghan Markle. Christine Mathis yang bekerja sebagai krew kabin di JetBlue Airline ini, sentiasa mendapat pertanyaan jika dirinya adalah bekas pelakon dan merupakan Duchess of Sussex (Meghan Markle).

IKLAN

Boleh dikatakan hanpir 10 kali dirinya diajukan soalan seperti itu, setiap hari.

Ibu kepada seorang anak ini kemudian mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah agensi dengan bidang kerja sebagai lookalike (atau dalam bahasa lainnya bekerja sebagai peniru atau penyamar dengan wajah yang sama atau seiras dengan selebriti atau orang ternama).

Christine menyatakan dirinya mula di salah sangka sebagai Meghan pada setahun yang lalu, semasa dirinya bertugas di kelas pertama kabin dan penumpang di kabin tersebut menyatakan bahawa dirinya kelihatan sama seperti Meghan Markle.

Foto – Arkib Wanista

Malah, Christine juga merasakan dirinya dan Meghan Markle sangat serupa! Rasanya tiada apa yang pelik kerana kedua-dua Meghan Markle dan juga Christine merupakan anak kacukan.

Ayah Christine merupakan kacukan Afrika Amerika dan Itali, manakala ibu Christine pula merupakan kacukan Afrika Amerika. Jadi tidak hairanlah, jika ada pelanduk dua serupa seperti Christine ni!

Kini dengan wajah yang seiras dengan Meghan Markle, Christine menjadi profesional lookalike dan pernah posing bersama ‘Harry’ lookalike!

Foto – Arkib Wanista

“Sejak kecil saya ingin menjadi pelakon dan orang ramai pula sangat yakin bahawa saya adalah Meghan dan saya berfikir mengapa saya tidak mencuba mencari pekerjaan dengan menyamar menjadi dia (Meghan Markle).

Saya ingin berkolaborasi dengan stesen televisyen, tetapi impian utama saya adalah untuk memegang watak sebagai Meghan dalam filem realiti tentang dia (Meghan Markle).

IKLAN

Saya baru saja menandatangani di bawah sebuah agensi dan telah melakukan sesi fotografi bersama dengan Putera Harry loolalike. Ianya sangat menyeronokan dan juga pelik kerana menyamar bersama lelaki yang berwajah mirip dengan Putera Harry.

Sesi fotografi tersebut dijalankan di Terranea resort dan kami berhenti 20 kali. Dan ramai orang mengambil gambar bersama kami, ianya merupakan pengalaman yang menyeronokan” jelas Christine.

Foto – Arkib Wanista

Christine yang merupakan ibu kepada seorang anak ini merupakan isteri kepada Pablo Smith dan mereka telah berkahwin sejak 2012. Menurut Christine suaminya juga dapat melihat terdapat persamaan antara dirinya dan Meghan, jadi suaminya faham mengapa ramai orang menyangka bahawa Christine adalah Meghan Markle.

Dan suaminya pula sering mendapat usikan rakan-rakan bahawa dirinya adalah Putera Harry tetapi Chirstine rasakan wajah suaminya lebih kelihatan sama seperti John Legend!

Macam-macam sekarang ni ya, biasalah dunia ni luas pasti ada yang berwajah seakan atau seiras diri kita betul tak?

Rujukan: 1,