Betullah orang kalau dah cantik, pakailah apa sahaja pasti nampak elok terletak.
Ivanka Trump mencuri tumpuan selepas mengenakan persalinan paling merendah diri – dengan dress labuh tertutup bersama selendang ketika menghadiri conference di Abu Dhabi.
Ketika mengadakan lawatan ke Masjid Besar Sheikh Zayed, Ivanka cukup mempesona dalam balutan dress flowy berharga $690 dari label Layeur By The Modist yang menutupi seluruh anggota badannya. Manakala kepala disarungnya selendang rona biru gelap sebagai tanda hormat menjejaki negara Islam yang moden itu.
Ivanka Trump mendarat di United Arab Emirates pada Sabtu lalu sempena Forum Wanita Global di Dubai, di mana dia menjadi keynote speaker pada acara itu, yang berlangsung pada hari Ahad dan Isnin.
Cantik betul dress Ivanka, harga pun cantik..