Cinta & Perhubungan

Jaga-Jaga Tau Kahwin Dengan Anak Kedua, Takut Pening Kepala

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jaga-Jaga Tau Kahwin Dengan Anak Kedua, Takut Pening Kepala

Yang sedang membaca artikel ini, merupakan anak ke berapa?

Kerap sangatlah kita membaca tentang personaliti anak sulung dan anak bongsu, anak di antaranya sering kita lupakan. Tertanya juga kalau anak kedua, apa yang best tentang personaliti mereka? Agaknya kalau ada lelaki atau perempuan nak kahwin dengan si anak kedua, macam mana mereka kena harungi.

IKLAN
Foto – Rojak Daily

Pernah tak kita dengar menjadi anak yang kedua selalu dianggap sebagai kurang bernasib baik. Manakan mereka ini di tengah-tengah jadi sering sahaja dilupakan, atau mungkin ibu bapa akan melebihkan anak yang pertama. Tapi betul ke macam tu?

Jangan salah sangka, sebenarnya anak kedua ada pro dan con. Tapi lebih kepada pro kerana apabila lahirnya mereka, ibu bapa akan menjadi individu yang lebih bertenang berbanding ketika kelahiran bayi pertama.

Suka Bersaing

Baiklah, personaliti anak kedua ialah mereka mempunyai sikap suka bersaing. Ia sama ada melibatkan adik-beradiknya sendiri ataupun dengan individu luar. Sikap suka bersaing wujud kerana sejak kecil, mereka terpaksa bersaing dengan adik-beradik yang lain, khususnya anak pertama dalam mendapatkan perhatian kedua ibu bapa.

Foto – Pinkvilla

Bagus sikap bersaing tapi biarlah persaingan yang sihat dan tidak memudaratkan. Kita tidak mahulah persaingan yang menjerumus kepada perasaan cemburu semata, yang silap hari bulan menimbulkan rasa tidak senang dalam keluarga.

Sensitif

Memandang mereka anak kedua jadi mereka dikatakan mempunyai sifat sensitif. Keadaan ini wujud kerana mereka sering dibandingkan. Tiada individu yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan individu lain. Akibat sering dibandingkan, anak yang kedua akan melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang ibu bapa minta atau harapkan. Mungkin itu cara mereka meluahkan apa yang terpendam.

Berdikari

Nak tahu, ada kajian menyatakan anak kedua seorang yang lebih pandai berdikari berbanding adik-beradik lain. Ia berlaku kerana ibu bapa lebih menumpukan kepada anak sulung dan anak bongsu. Situasi ini memerlukan mereka untuk mengajar diri sendiri supaya berdikari khususnya melibatkan aspek kemandirian. Sikap berdikari ini menjadikan anak yang kedua sebagai seorang yang berjiwa kental dan tabah.

Foto – Popsugar

Suka Cari Perhatian

Berdikari memang bagus, tapi anak kedua cenderung mempunyai sifat sukar mencari perhatian. Ia berlaku kerana sejak lahir, mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa. Faktor mendorong wujudnya sifat gemarkan perhatian adalah kerana mereka berasakan tidak mendapat kasih sayang, perhatian dan layanan sepatutnya.

Banyak Kerenah

Kajian Birth Order and Deliquency yang dilakukan pada tahun 2017 mengatakan anak tengah mempunyai banyak kerenah dan suka membuat kacau, terutama anak lelaki. Mungkin kerana sifatnya yang attention seeker, maka itu mungkin salah satu cara mereka untuk mencari perhatian.

Hiperaktif

Mereka lagi ligat dan hiperaktif berbanding anak yang lain. Kajian mengatakan anak tengah menjadi hiperaktif kerana cara pemikiran semula jadi mereka yang gemarkan persaingan. Sekiranya anak anda yang kedua lebih ligat, jangan risau, ia adalah perkara normal. Cuma anda perlu sentiasa memantau agar tingkah laku mereka tidak menimbulkan masalah lain seperti pergaduhan sesama adik-beradik.

IKLAN
Foto – Viral

Jadi, nasihat Wanista… bila bertemu dengan individu ini silalah pandai mengambil hati dan tenang menghadapinya.

Selamat Beramal!

RUJUKAN