Tips

Kalau Nak Berhenti Kerja, Nak Beri Jawapan Macam Mana

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kalau Nak Berhenti Kerja, Nak Beri Jawapan Macam Mana

Adakah kamu sedang mengalami dilema tentang bagaimana ingin berterus-terang kepada bos, yang kamu ingin berhenti kerja?

IKLAN

Biasanya perasaan dilema tersebut akan dialami oleh semua orang apabila ingin berhenti kerja, bukan mudah untuk berterus-terang tentang hasrat diri yang mahu meletakkan jawatan kepada majikan kita.

Meski sukar, namun kamu telah memilih untuk berhenti kerja dan ini adalah beberapa jawapan yang boleh kamu berikan kepada majikan secara step-by-step jika hendak berhenti.

Perkara pertama yang kamu harus lakukan adalah, mohon kepada majikan untuk bertemu dan pastinya majikan akan bertanya sebab mengapa kamu ingin bertemu dengannya. Dan ini adalah soal jawab berdasarkan senario yang bakal berlaku, apabila kamu ingin memberitahu untuk berhenti kerja kepada majikan.

Foto – Rebel Circus

#1 Saya dimaklumkan yang kamu ingin bertemu dengan saya (majikan)?

JAWAPAN: Bos/Tuan/Puan, saya ingin maklumkan yang saya telah mendapat tawaran serta posisi baru dari syarikat sekian dan ingin berhenti kerja. Tuan/Puan adalah mentor dan majikan yang terbaik pernah saya jumpa. Saya sangat berterima kasih dengan segala tunjuk ajar yang Tuan/Puan berikan, selama saya bekerja di sini.

#2 Apa yang menyebabkan kamu ingin berhenti kerja?

JAWAPAN: Tawaran yang diberikan sangat menarik dan menepati keperluan yang saya perlukan sekarang ini. Malah tawaran ini dapat bantu mengembangkan kerjaya saya di masa hadapan.

Foto – Aaron Wallis Sales Recruitment Blog

#3 Bila kamu akan berhenti?

JAWAPAN: Saya akan berhenti, sebulan dari sekarang. Saya akan menyerahkan surat perletakan jawatan pada bahagian sumber manusia hari ini. Saya sangat-sangat menghargai segala tunjuk ajar yang Tuan/Puan berikan, sekali lagi terima kasih Tuan/Puan.

Saya pasti akan merindui saat saya bekerja di sini. Dalam tempoh saya masih di sini, saya akan bantu beri tunjuk ajar kepada staf yang akan mengganti diri saya nanti.

IKLAN
Foto – Upskilled

#4 Bolehkah kamu berkhidmat sehingga staf pengganti ada?

Senario jika majikan minta tangguh sehingga dapat staf pengganti (jika syarikat tidak ada staf untuk mengganti diri kamu pada waktu itu).

JAWAPAN: Saya mungkin tidak dapat berkhidmat sehingga staf pengganti ada, kerana tarikh saya melapor diri di syarikat baru adalah dua hari selepas tarikh akhir saya bekerja di sini. Saya minta maaf Tuan/Puan, saya boleh beri tunjuk ajar kepada staf baru dalam tempoh sebulan dari tarikh terakhir saya.  

Perkara penting: jika majikan kamu minta untuk diri kamu terus kekal berkhidmat sehingga mereka mendapat staf pengganti, jangan terus memberi jawapan. Fikirkan dahulu baik buruk untuk menunggu kedatangan staf baru, sedangkan kamu telah mendapat tarikh untuk melapor diri di syarikat baru nanti.

Foto – Verywell Health

Biasanya ini adalah senario-senario di antara majikan dan pekerja apabila pekerja hendak berhenti kerja. Paling penting adalah, kamu berkomunikasi secara profesional dan beritahu secara jujur serta telus tentang hasrat kamu kepada majikan. Percayalah, majikan kamu pastinya akan memahami dan menghormati keputusan kamu.

Semoga tips dapat membantu kamu!

Rujukan: 1, 2, 3,