Korang nak buat plan surprise yang mewah-mewah untuk sambut Hari Kekasih ni, cukup ke ongkosnya tu?
Tanya saja mana-mana pasangan, pasti mereka ingin merancang Hari Kekasih yang terbaik dan menyeronokan untuk yang tersayang bukan.
Tapi masalahnya duit pula menjadi halangan, jadi macam mana nak buat ni? Buat diri kamu yang ingin merancang Hari Kekasih yang menarik, istimewa dan dapat mengabadikan saat-saat indah berdua tanpa memerlukan bajet yang besar, ada caranya!
Penulis akan berkongsi beberapa plan menarik yang boleh kamu lakukan bersama pasangan tanpa memerlukan bajet yang besar dan dalam masa yang sama dapat menikmati moment terindah bersama, sepanjang Hari Kekasih ini nanti.
#1 Abadi Moment Berdua Di Muzium Selfie
Kamu dan pasangan memang kaki selfie? Nah, ini adalah lokasi terbaik untuk kamu masukkan dalam plan Hari Kekasih iaitu Muzium Selfie. Muzium ini menawarkan 9 bilik selfie yang menarik dan menariknya muzium ini terletak di pusat bandar iaitu di Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Malah harganya juga sangat murah dan berbaloi untuk kamu berdua luangkan masa untuk Hari Kekasih ini nanti.
Lokasi: Muzium Selfie
Alamat: Lot 2.28, Tingkat 2 Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang 55100, Kuala Lumpur.
Harga Tiket: Dewasa RM20 dan Kanak-kanak RM10
#2 Jom Lawan Bowling!
Bagi pasangan yang jenis aktif dan gemar melakukan aktiviti sukan, maka aktiviti bermain bowling bersama yang tersayang ini sangat sesuai untuk kamu letak dalam perancangan Hari Kekasih.
Bukan saja aktiviti seperti ini menyeronokan, malah kamu juga dapat melihat betapa bersemangatnya pasangan kamu untuk challenge diri kamu nanti!
Lokasi: Ampang Superbowl Times Square
Alamat: Lot 05-106-05-108, Tingkat 5 Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
#3 Alahai Romantiknya Di Gelanggang Ais!
Kamu teringin nak buat babak romantik macam dalam filem atau drama di televisyen? Senang je tu, bawa pasangan kamu meluncur ais di gelanggang ais Sunway Pyramid!
Gerenti best dan dalam masa yang sama kamu boleh tunjukkan bakat meluncur yang terpendam di hadapan yang tercinta, comfirm si dia terkejut tengok skill kamu nanti.
Lokasi: Sunway Pyramid Ice
Alamat: LG3 Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Harga: Dewasa/Kanak-kanak RM20 (Isnin-Jumaat) dan RM25 (Sabtu-Ahad)
#4 Jom Berkelah Di Taman Botani Perdana
Tiada yang lebih indah selain mengabadikan kenangan terindah, dengan berkelah di Taman Botani Perdana atau juga di kenali Taman Tasik Perdana. Lokasinya bukan saja sejuk dengan kehijauan alam semula jadi dan ianya menjadi lokasi buat pasangan menghabiskan masa berdua!
Lokasi: Taman Botani Perdana
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.
#5 Si Dia Pencinta Kucing, Apa Lagi Jom Ke Kafe Kucing!
Kekasih hati gila kucing? Jom bawa si buah hati ke kafe kucing Cat Signature Cafe & Studio ni, comfirm cinta hati makin sayang nanti! Kafe ini memang lain dari lain, kafe dua tingkat ini menawarkan studio untuk membelai kucing-kucing yang comel di tingkat atas.
Manakala di tingkat bawah pula, merupakan ruang makan untuk pengunjung dan pelbagai menu yang lazat-lazat menanti kamu dan pasangan!. Hah, eloklah tu dah puas main dengan kucing, kamu boleh bawa pasangan menjamu selera di tingkat bawah studio pula.
Lokasi: Cat Signature Cafe & Studio
Alamat: Sebelah Tabung Haji, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.
Bonus!
#6 Masak Untuk Si Dia
Jika kamu ingin melakukan sesuatu yang lebih bermakna, kamu boleh memberi perkhidmatan khas untuk si dia seperti menyediakan hidangan kegemarannya di rumah. Selain itu, kamu juga boleh meluangkan masa secara santai di rumah dengan menonton filem atau berbual sambil mengenang perjalanan hubungan kamu dan si dia!
So, lepas ni kamu tak perlu risau lagi macam mana nak rancang Hari Kekasih untuk yang tersayang, meski kekurangan bajet kerana senarai di atas pasti dapat membantu kamu!
Selamat menyambut Hari Kekasih semua♥
Rujukan: 1,