Lihat gambar di atas, cuba teka yang mana satu emak dan anak?
Joleen Diaz, ibu berusia 43 tahun dan anak perempuannya Meilani Parks, 19, sering tersilap dengan orang ramai kerana fizikal mereka yang serupa langsung tidak seperti seorang ibu dan anak. Rata-rata tidak mempercayai ada jurang usia 23 tahun di antara mereka, malah Mereka sudah persis kembar dan bukannya ibu dan anak.
Joleen menjelaskan dia sangat rapat dengan Meilani, di mana kedua-dua melakukan banyak perkara bersama-sama seperti membeli-belah, melancong, bersenam. Adakala hanya berbaring di sofa dan menghabiskan masa berdua sahaja.
Meilani sendiri langsung tidak tersinggung perasaan apabila orang berfikir ibunya seperti adik perempuan.
“Saya masih muda ketika saya memilikinya, jadi tidak mustahil orang ramai berfikiran kami seperti saudara perempuan.
Kata Joleen, dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, jarang minum alkohol, berehat dengan cukup dan diet seimbang untuk maintain awet muda dan cergas.
“Saya menjaga kulit secara rutin, setiap hari cuci muka pada waktu pagi dan sebelum tidur. Sebenarnya saya mula menjaga kulit pada usia muda, sekitar 12 atau 13. Ibu memberitahu kepentingan penjagaan diri, jadi saya lakukan sebagai rutin.
“Saya cukup suka krim pelindung matahari, setiap hari walaupun tidak keluar rumah saya tetap menggunakannya. Saya juga amalkan serum vitamin C siang dan malam.
“Mempunyai kulit yang baik memberi saya keyakinan, walaupun pada hari-hari biasa, ” jelas Joleen.
Meilani kerap berkongsi gambar mereka di Instagram, sehingga membawa pertanyaan dan kekeliruan pengguna media sosial yang menanyakan status kedua ‘remaja’ ini.
“Yang mana satu ibu saya tidak faham.”
“Anda benar-benar seorang ibu?”
“Jika anda ibunya… Anda secara rasmi menjadi ibu paling hot di dunia!”
Serius penulis pun sukar nak mempercayai Joleen merupakan seorang ibu, kerana dia nampak sangat muda yang amat.