Tahukah kajian telah menunjukkan bahawa bekerja lebih masa jauh lebih buruk berbanding yang menghabiskan kerja mengikut waktu.
Waktu kerja normal untuk syarikat kerajaan atau swasta adalah 8 jam, tidak termasuk waktu rehat yang biasanya diberi 1 jam. Namun dalam dunia pekerjaan, kita tidak terlepas dari bekerja lebih 8 jam. Malah, walaupun pulang awal tapi masih perlu menyiapkan tugasan yang belum selesai. Begitu tertekannya dunia kerja sekarang.
Adakah anda salah seorang yang senang beverja lebih masa? Jika ya, anda kemungkinan berhadapan risiko gangguan mental.
Kajian menunjukkan kerja lebih masa sama sekali tidak mendatangkan manfaat, ia membawa kerosakan bukan sahaja kepada pekerjaan yang anda lakukan, tetapi juga kehidupan sosial anda, kehidupan mental, malah kesihatan secara umum.
Percayalah, orang yang meninggalkan kerja tepat pada masanya lebih sihat dan bahagia! Jadi, kenapa pulang kerja ‘on time’ itu perlu dipupuk, teruskan pembacaan.
Kamu lebih sihat
Waktu kerja tambahan menghasilkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, keletihan, tahap tenaga yang rendah dan kesihatan kurang baik. Satu kajian yang dijalankan di tiga benua mendapati bahawa orang yang bekerja lebih dari 55 jam seminggu mempunyai risiko strok sebanyak 33%, berbanding orang yang bekerja di bawah 40 jam seminggu.
Produktif
Jika anda membiasakan diri dengan idea bahawa anda perlu menyelesaikan semua tugas pada jam 5 pagi, anda akan menyedari bahawa sebenarnya anda tidak banyak masa, anda akan menggunakan masa dengan sebaiknya. Tiada gangguan yang tidak perlu, rehat minum petang yang panjang, atau perbualan biasa dengan rakan sekerja, ini bermakna kemahiran pengurusan masa yang lebih baik. Orang yang mengamalkan jadual kerja ini sebenarnya meninggalkan pejabat dengan perasaan gembira dan lebih bahagia.
Menikmati masa lapang dan mendapatkan rehat secukupnya
Anda mungkin tidak pernah merasa bosan bekerja lebih masa di pejabat dan anda mungkin menyukai kerja anda, tapi jika anda pulang kerja tepat pada waktunya, anda akan merasa senang hati. Selepas jam lima atau enam petang, merupakan masa anda untuk bersama dengan keluarga, rakan atau sekadar menumpukan masa untuk hobi anda.
Mungkin juga inilah masanya untuk anda mendapatkan rehat yang cukup selepas penat seharian menyiapkan tugasan, mempunyai ‘me time’ adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal, dan memberi kesan yang besar terhadap produktiviti dan kualiti kehidupan kita secara umumnya.
Jadi kepada sesiapa yang selalu sangat kerja lebih masa, sentiasa utamakan kesihatan.
Selamat Beramal!