Kesihatan

Perut Terasa Mual Bila Lapar, Mungkin Disebabkan Ini…

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Perut Terasa Mual Bila Lapar, Mungkin Disebabkan Ini…

Pernah tak kamu berhadapan dengan situasi perut mual akibat lapar? Mual seakan-akan tekak kamu loya dan mahu muntah? Penulis kadangkala berdepan dengan keadaan ini. Bila lapar yang amat, terasa mahu pitam dan mual, satu keadaan yang cukup tidak selesa, rasa lemah Tuhan sahaja yang tahu.

IKLAN

Mual adalah salah satu gejala yang menunjukkan terdapat masalah dalam sistem pencernaan. Salah satu keadaan yang menyebabkan mual adalah apabila kamu berasa lapar. Dalam sesetengah orang yang lapar atau makan lewat boleh mencetuskan keadaan loya berlaku. Adakalanya mual juga dirasai apabila lapar pada waktu pagi, atau bila mana kamu langsung tidak makan.

Kenapa Rasa Mual?

Foto – Huffpost

Dr. Christine Lee, ahli gastroenterologi di Cleveland Clinic mengatakan bahawa lapar boleh membuat perut berasa mual.

Ini kerana perut manusia menghasilkan asid hidroklorik atau asid perut yang digunakan untuk memproses makanan untuk membuat tenaga. Sekiranya anda tidak makan untuk masa yang lama dan merasa lapar, asid perut boleh berkumpul di dalam perut. Asid perut yang terkumpul boleh naik ke kerongkong dan menyebabkan refluks asid. Kesan anda akan berasa mual seperti ingin muntah.

Di samping itu terdapat sebab lain mengapa tubuh berasa mual ketika lapar. Keadaan ini berlaku kerana kelaparan dan loya berlaku disebabkan isyarat di dalam badan. Isyarat ini dikawal oleh sistem endokrin yang menggunakan aliran darah untuk berkomunikasi. Isyarat ini akan diproses oleh badan ke dalam hormon sehingga maklumat dapat mencapai otak.

Malangnya, menurut Dr. Lee ada beberapa orang yang badannya sensitif terhadap tahap hormon yang tinggi. Sensitiviti terhadap hormon ini boleh membuatkan sesetengah orang mengalami loya ringan apabila mereka lapar. Walau bagaimanapun, jika keadaan lapar menyebabkan loya yang teruk, ini boleh menunjukkan keabnormalan atau masalah kesihatan lain, bukan hanya kelaparan.

Foto – Good News Network

Bila keadaan ini terjadi, minum air boleh membantu anda terus hidrasi dan mengelakkan sakit kepala yang timbul akibat kesan mual dan kelaparan. Mulai dengan minum sedikit air dalam jumlah kecil sehingga anda merasa mual di perut berkurang. Jangan minum terlalu banyak air kerana ia boleh menyebabkan perut kembung dan mual lebih ketara.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

IKLAN