Tahniah buat Naim Daniel yang dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu 34 menwrusi lagu popularnya ‘Sumpah’.
Walau sudah melabuhkan tirai tapi ternyata di media sosial masih lagi hangat dengan kontroversi persembahan finalis Aina Abdul ‘Sumpah’ yang dikatakan mengetengahkan konsep bunuh diri. Hal ini selepas laman Facebook Public Health Malaysia rakus berkongsi keratan yang kononnya persembahan Aina mengganggu para pesakit kesihatan mental.
Aina yang tampil memukau dalam gaun putih berdiri megah di atas pentas, bila lagu dimainkan vokal lantang menyanyi, tiba-tiba penonton dikejutkan dengan elemen gimik persembahan darah keluar dari wardrobe. Dari sedikit terus meliputi keseluruhan gaun Aina.
Kata Aina melalui Instagram, konsep bermain dengan darah dibuat sesuai dengan lirik lagu.
“HATI YANG BERDARAH ๐! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas #ajl34 yang selama ini aina idamkan. Aina Sangat bersyukur Kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini. Jika semua perasan, persembahan aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan… Doakan aina yaa.โค๏ธ”
Tapi sayangnya, pihak Malaysian Mental Care Associationย @MIASA dan Public Health Malaysia terlalu TRIGGER dengan konsep sedemikian dan menyebabkan salah faham antara Aina Abdul dan netizen.
Salah seorang individu yang bertanggungjawab melaksanakan konsep berdarah @ellasandera, yang bukan calang-calang orangnya, miliki pengalaman bekerja dalam filem Munafik berkongsi video di sebalik tabir.
“Blood work test.. 1st time buat live untuk darah, selalu buat masa nak shooting movie je, takleh nak cut.. One more!! Apapun alhamdulillah.. Terima kasih t syami panggil sy join team aina abdul.. Apapun pandangan netizen, dan apa yg ditulis dalam page yg mengatakan persembahan bunuh diri tu tak betul, tiada pun pisau ka, chainsaw ka ๐คฃ๐.. Yg ada hose darah je, lain la ada lakonan perempuan menikam orang kat stage.. Aptb!! Note: darah keluar terlalu awal, ada berlaku kesilapan teknikal masa persembahan, suis plug tak function, krew terpaksa tukar ke plug yg joining dgn light backstage, sepatutnya tak boleh ada join dgn apa2 yg lain, hanya plug khas utk sy kontrol sahaja, belum sempat kat part lirik yg sepatutnya keluar darah, darah dah keluar awal ๐๐ข..
Sepatutnya part “melepaskanmu ” baru darah tu keluar.. Kita merancang, tuhan menentukannya begitu..”
Jadi pengajaran di sini jangan cepat melatah dan serkap jarang. Kepada pihak yang memulakan cerita, bukankah anda telah membuat satu fitnah ke atas anak seni yang mahu berkarya. Aina Abdul masih lagi waras dan sama sekali tidak akan bermain dengan isu bunuh diri seperti yang dikatakan.
Pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Iaย berdalilkan dua ayat al-Qurโan yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:
ููุงููููุชูููุฉู ุฃูุดูุฏูู ู ููู ุงููููุชููู
Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…
(Surah Al-Baqarah: 191)
ููุงููููุชูููุฉู ุฃูููุจูุฑู ู ููู ุงููููุชููู
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.
(Surah Al-Baqarah: 217)
Kenapa dah tahun 2020 tapi minda masih belum terbuka?