Tips - Kecantikan

Kesian Muka Muda Tapi Leher Berkedut, Ini Yang Kamu Patut Lakukan

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Kesian Muka Muda Tapi Leher Berkedut, Ini Yang Kamu Patut Lakukan

Muka muda tapi leher berkedut? Siapa yang suka.

IKLAN

Sama dengan tangan, leher anda sering menjadi bahagian tubuh anda yang mengkhianati usia. Ini adalah kerana walaupun kita tidak mempunyai masalah mengikuti banyak langkah dalam rutin penjagaan kulit, tapi kita seringkali melupakan kawasan leher. Hasilnya leher menjadi kedut dengan tekstur kering, yang kelihatan lebih tua dari wajah.

Kenapa leher ‘age faster’ berbanding anggota badan yang lain? Kulit pada leher sangat nipis dan mempunyai kolagen yang kurang untuk menyokong struktur kulit dan menghalangnya daripada mengendurkan dan membentuk kedutan leher. Pergerakan yang berterusan di kawasan leher ketika kita menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, sisi ke tepi setiap hari juga menyumbang kepada peningkatan kedutan leher pramatang.

Foto – Stylecraze

Kawasan leher juga hampir selalu terdedah kepada cahaya matahari, yang bermaksud sinaran ultraviolet dari matahari boleh menembus kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel-sel, mempercepat proses penuaan. Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit leher. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih rentan terhadap kekeringan, hal ini menyebabkan tekstur kulit jadi berkedut.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga leher?

Aplikasi SPF

Kita cenderung untuk meletakkan krim SPF ke muka dan badan tapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik ialah, anda tidak perlu krim pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari anda adalah spektrum luas dan menyediakan perlindungan UVA dan UVB. Jadi sentiasa ingat untuk meletakkan SPF di leher anda seperti mana anda melakukan ke wajah.

Pakai topi

Tidak seperti tubuh anda yang dilitupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain meletakkan SPF, anda boleh juga memakai topi untuk menghalang sinaran UV, terutamanya bila berada di luta untuk tempoh masa yang panjang atau pada waktu puncak.

Foto – Shy Skin

Tanggal mekap

Bila tiba nak tanggal mekap, kita cenderung hanya menumpukan perhatian dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang dibina di kawasan leher dari masa ke masa boleh menghalang kulit anda daripada bernafas dan sel-sel kulit mati, yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam. Apabila nak membersihkan wajah, lakukan pada leher juga dan sama sekali jangan tertinggal.

Pakai produk di leher 

Kebanyakan produk penjagaan kulit anda akan memberi manfaat kepada leher dengan cara yang sama dengan wajah anda dalam hal menyediakan kelembapan dan penghidratan. Oleh itu, apabila anda menjalankan rutin penjagaan kulit harian, lakukan pada leher juga (dan juga kawasan dada) supaya ia melembap dan menjaganya dengan baik.

Gerakan menaik

Apabila meletakkan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan menaik untuk mengelakkan tarik leher anda ke bawah. Juga berhati-hati untuk tidak letak secara agresif supaya anda tidak meregangkan urat leher.

Foto – Dailyvanity

Kalau nak nampak muda belia, amalkan ye!

RUJUKAN