Berita & Isu Semasa

Rakyat China Marah ‘Hero Perubatan’ Doktor Li Meninggal Dunia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Rakyat China Marah ‘Hero Perubatan’ Doktor Li Meninggal Dunia

Hari ini dunia meratapi pemergian seorang doktor hebat. Doktor Li Wenliang yang merupakan antara doktor perubatan yang menyedari kewujudan virus membunuh ini pada bulan Disember 2019 lalu. 

IKLAN

Doktor Li, 34, telah disahkan meninggal dunia pada 7 Februari jam 2.58 pagi waktu tempatan. Berita menyedihkan ini telah dikeluarkan oleh Hospital Pusat Wuhan, sejurus kematian Dr. Li telah disahkan.

Dr. Li yang merupakan seorang doktor pakar mata di Hospital Pusat Wuhan, telah dijangkiti pneumonia virus korona terbaru semasa bertugas. Dan Dr. Li sendiri telah mengumumkan bahawa dirinya telah dijangkiti virus mutasi ini pada hari Sabtu lalu di akaun sosial medianya.

Dr. Li terlantar di Hospital pada 12 Januari dan disahkan positif jangkitan virus korona pada 1 Februari 2020.

Tetapi sayang, pihak perubatan tidak dapat menyelamatkan nyawa doktor hebat ini dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pusat Wuhan pada pagi Jumaat hari ini.

Kekeliruan Tentang Kematian Doktor Hero

Sebelum ini, media tempatan di China telah mengeluarkan laporan kematian Dr. Li sebelum menarik balik berita tersebut setelah dinafikan oleh pihak Hopital Pusat Wuhan.

Tidak lama selepas itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan ucapan takziah atas pemergian Dr.Li yang waktu itu belum mendapat sebarang maklumat sahih tentang keadaan Dr. Li.

Doktor Li, Whistleblower Coronavirus

Dr. Li merupakan “whistleblower (pemberi maklumat) di Wuhan, yang memberi amaran kepada rakan perubatannya tentang kewujudan penyakit berpontensi seperti SARS di Pasar Makanan Laut Wuhan, pada 30 Disember 2019 menerusi aplikasi WeChat.

Dr. Li telah berkongsi mesej tersebut dalam group alumni sekolah perubatannya, di mana terdapat tujuh pesakit dari Pasar Makanan Laut Wuhan telah di diagnos menghidapi penyakit seperti SARS dan telah di kuarantin di hospitalnya di Wuhan.

Dan sejurus selepas dua minggu amaran yang di post oleh Dr.Li tersebar, wabak tersebut telah mula merebak di Wuhan.

Apa yang menyedihkan adalah, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Li telah di dakwa sebagai berita palsu oleh pihak polis dan direman di balai polis sebelum menandatangani satu kenyataan mengaku bersalah sebelum di bebaskan dan bertugas seperti biasa.

Rakyat Marah Dan Sedih Atas Pemergian Hero Perubatan

Rata-rata ramai rakyat di China meluahkan rasa marah terhadap perbuatan kerajaan China terhadap Dr. Li, dan mereka mahukan kebebasan bersuara di China. Jika pihak kerajaan memandang serius terhadap amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Li pada tahun lepas, mungkin banyak nyawa boleh diselamatkan.

Semoga mendiang Dr. Li tenang di alam sana. 

Rujukan: 1, 2,